Thursday, 26 November 2015

Ladang...

Mula dari Ayah Den Lopeh
~LAW~

Pastu tengok ig Sari Yanti, pun ada aktiviti dekat LAW

Tengok Bersamamu ada Tuan Bendahara, pun dekat LAW

Dan yeeee... Rindu nak pergi ladang lagi.

Belum sempat me-round tengok sekeliling.

Farm tu pun...


Monday, 5 October 2015

Tik Tik Waktu Berdetik

Kita tak suka masuk lambat pergi kerja.
Masuk jam 9 pagi, kurang-kurang ada dalam office jam 8.45 pagi dah molek sangat dah tu.
Hati pun senang jeee..

Bab solat pun gitu jugak.
Terkesan sangat bila ada kawan cakap:
Saya jenis suka punctual. Kalau lambat nanti saya tak gembira, rasa macam nak marah je.
(Rupa-rupanya sikap pantual dia tu pun di praktikkan untuk solat. 15 minit sebelum masuk waktu dah ready dah atas sejadah).

Malu mak incik ni tau ~ ~ ~
Terasa sangat kita ni kekadang melambat lambatkan pergi solat.

" Hayya 'ala solah" Muazzin laungkan azan
Marilah menunaikan solat...
Time azan tu :::
Kita dok ralit buat kerja,
Lena dalam mimpi
Syok tengok TV lah...

OK semua.. tepuk dada tanya iman orait.. :)

Sunday, 23 August 2015

Siap siaga!

Sabtu, 22 Ogos 2015 berlansung latihan memanah pada jarak lebih kurang 30 meter di padang Sek. Men Sri Saujana Kota Tinggi.

Walaupun hujan yang agak lebat pada waktu tengah hari, itu tidak mematahkan semangat mereka untuk membuat latihan. Saya agak datang agak lewat, selepas hujan reda. Dihadiri kira-kira 10 orang pemanah dari Kelab Memanah Bandar Penawar dan Al Fateh sendiri.

Lama dah tak cuba shoot dengan busur saya, agak kekok sedikit. hehe
Percubaan saya agak kurang memberansangkan. Banyak yang tersasar. Cara pegang busur perlu diperkemas lagi.

In shaa Allah pada 29 Ogos ini akan berlansung pertandingan memanah peringkat Daerah Kota Tinggi. Jemput semua untuk hadir diketetapan berikut:

Tarikh: 29 Ogos 2015
Hari: Sabtu
Tempat: Padang Sek. Men. Keb Sri Saujana, Kota Tinggi, Johor.
* Digalakkan berpakaian tradisional.








Haaa... baju merah-biru macam yang kami tu dari kedai Keklis ye.. hehe.. 

Hadiah. Anugerah. Amanah

Bismillah.

Coretan kali ini untuk sama-sama berkongsi kegembiraan.

Alhamdulillah wa syukurillah.. tak lama lagi kite nak jadi maklong... mihmihmih ;)

Rasanya Ogos kali ni setiap ahli keluarga punyai momen yang manis tersendiri. Dan tak ketinggalan rasaya unuk ucap Selamat Berkonvokesyen buat Mona.
Pertama kali naik bas dari Larkin ke Shah Alam makan masa sampai 6 jam. Congrats mona! ^_^

Berbalik pada tajuk entry kali ini.
Saya pilih; Hadiah, Anugerah. Amanah.

Saya sedang membaca buku karangan Muhamad hafizul Hafiz berjudul "Andai Aku Tergelincir Lagi".
Helaian pertama habis dibaca. laju ke muka seterusnya. Lama dah tak jumpa buku yang ayat-ayatnya begitu dekat di hati. (Kita suka sangat baca buku yang bahasanya tu berbahasa.. erm.. lebih kurang bunga-bungaaa) ;)

Hadiah dan anugerah adalah nikmat dari Allah. Yang mana Allah kurniakan pada kita melalui orang-orang sekeliling. Satu nikmat yang harus disyukuri.

Suatu hari saya perlu tanda tangan perjanjian. Banyak helai yang perlu di tanda tangan.Samapai satu ketika, "eh, macam mana ekk tangan tangan aku"

Berset-set perjanjian. Jantung pula dup-dap-dup-dap. Teruja ada, Takut ada, macam-macam perasaan hadir.
Lepas selesai, saya fikir, ini dah tanda tangan, kita dah ada tanggungjawab baru, amanah yang perlu dijaga.

Lepastu, mula lah berangan, agaknya pengantin lelaki duduk depan tok kadi, nak tandatangan 'agreement' tu macam mana lah gaya agaknya. berpeluh-beluh, bedar jangan cerita la, tu yang kadang-kadang sebak pun ada. heeee...

In sha Allah... Mudah-mudahan Allah permudahkan segalanya.. :)

Thursday, 11 June 2015

Bukan cikgu sekolah

Assalamu'alaikum w.b.t

Syukur. 

Sabtu lepas saya berpeluang membantu Ustaz dalam mengajar adik-adik kita ni memanah. Ini merepakan salah satu slot bagi program musim cuti sekolah di Tiram Indah Village.

Cuaca agak redup pada mulanya kemudian disusuli hujan. Namun semangat adik-anik ni untuk memanah memag superb!! MasyaAllah. 

Kita belajar cara melepaskan anak panah dengan kaedah 3 fingers dan ibu jari, juga kelebihan memanah. saya juga masih belajar. Dan saya bantu apa yang saya tahu.

Kita juga amat bertuah dapat mendengar pengalaman dan nasihat dari Ustaz, apatah lagi beliau baru sahaja pulang dari bumi Al Fateh (Turki).

Aishhh.. melihatkan suasana bumi Al Fateh dalam movie Istanbul Aku Datang pun dah cukup menggamit saya untuk ke sana. Dengan keunikan budaya, keistimewaan bumi itu sendiri, peninggalan terhebat tentera Sultan Al Fateh, ais krim acah-acah (macam dalam movie tuuu). Apatah lagi mendengar carita dari pengalaman orang. In shaa Allah one fine day kita semua ke sana, okeyy.. ;) heheee

Syabas dan tahniah adik-adik!!

Setiap peserta diberi beluang untuk shoot anak panah sebanyak 5 kali (5 batang anak panah)

Alhamdulillah. Mereka memang sangat berpotensi untuk menjadi pemanah. Kekuatan dan fokus itu penting.

Allahu Haq!

Semoga ini menjadi pendorong untuk mereka jatuh cinta dengan sukan sunnah ini. In shaa Allah.

Kipidap sayang-sayang! ;)



Bersama adik-adik comelss

Santai Petang

Bow belum di beri nama lagi..

Ada idea tak??

Sekarang ni tengah mencipta keserasian bersama bow..
Baru nak saling kenal-kenal.
Nak tahu cara penjagaan dan penggunaan macam mana.

Bow Kaya ni manja, maksudnya tak boleh terdedah terlalu lama dengan panas matahari, sebab dia dari kayu yang di laminatekan.. Saya kurang arif. Tapi saya nak belajar. ;)

Alhamdulillah..

Sebenarnya, banyak ilmu ilmu rahsia memanah.. erm.. 
Saya fikir kita semua kena cuba dan rasa.

Tulis, baca, dan lihat gambar, tak dapat feel macam mana..

Cuba-cuba kan diri untuk memanah.. tak kira lah moden atau tradisional.
Dulu masa awal-awal cuba sukan ini, saya ada tanya soalan, 
"macam mana nak bagi anak panah kena pasa sasaran"

Kerana waktu itu, anak panah biasanya akan melilau atas target butt lah, ke sana, ke sini..

"Memanah guna mata hati"

Lama sungguh saya nak mentafsirkan bagaimana..

Tapi lama-lama, kita belajar.
Belajar untuk tenteramkan emosi, belajar untuk betulkan figure badan dan cara melepaskan anak panah.

Jika kita punya 5 batang anak panah, anak panah yang pertama, mungkin tersasar. Lalu kita memperbetulkan anggaran kekuatan melepaskan anak panah, atau memperbaiki kedudukan tangan kita, ke atas sedikit atau kebawah sedikit. Adjust!

Dan In shaa Allah kita akan dapat momentum yang diperlukan. Sabar banyak-banyak!

Haaa... satu lagi. Kadang-kadang saya pun lupa. Tapi kena kata pada diri, betulkan yang biasa, biasakan yang betul.

Okey. Contoh bila kita dapat sesuatu yang baik atau memuaskan hati, orang akan puji " Eh, keputusan periksa kau bagus ehh..Wahh.. hebat ni.."

Kadang-kadang kita jawab : "Eh, tak de lah.." "Saya cuba-cuba je, tak tahu pula menjadi"

Ucapan seharusnya, ucapkan ALHAMDULILLAH, kemudian SENYUM ^__^. 

Tapi ada juga orang yang jawab macam ikhlas tak ikhlas kan.. " Alhamdulillah lah dia dapat keputusan macam tu, kalau tak mesti dia dot dot dot"

Adehaiii -_-'


Wednesday, 15 April 2015

Beza itu indah

Facebook

Pernah LIKE status atau gambar yang di post, bukan?

Ada yang berpendapat tidak seharusnya LIKE gambar kemalangan atau kematian (kesengsaraan). Saya setuju!

dan pada saya, LIKE itu juga tidak bermaksud menyokong atau menyukai hal-hal tersebut.

Saya lebih berpendapat kita nak ucap terima kasih sebab sampaikan perkara berkenaan, pengetahuan buat kita juga..

Bukan bersuka sukaan seperti perkataa "LIKE" itu sendiri.

Ye, kita kan berbeza. Diciptakan begitu tentu ada sebabnya... :)

Ini hanya pendapat saya yang hina lagi dhaif...

Justeru, belajarlah menerima kelainan dari insan lain. Tegur dengan hikmah, InsyaAllah dipermudah. ^_^