Rumah Seri Kenangan
Ziarah anjuran Team Hijrah Johor yang telah diadakan pada hujung minggu lepas. Alhamdulillah telah dapat dikumpulkan seramai lebih kurang 20 orang ahli. aktiviti kali ini ialah menziarah rumah orang-orang tua di Rumah Seri Kenangan, Johor Bahru. Terletak di jalan Ungku Mohsin, ermmm dekat dengan bangunan CIDB tu. selalu lalu jalan situ untuk hantar/ziarah Sarah di sekolah.
Baik, berbalik kepada program ziarah ni, ini merupakan kali pertama saya turut serta dalam program sukarelawan yang melibatkan kunjungan / ziarah ke rumah orang tua-tua.
Di sana kami dimaklumkan oleh pegawai bertugas bahawa terdapat lebih dari 278 penghuni. kesemua mereka berusia lebih dari 60 tahun.
Saya sempat berkenalan dengan Mak Ires (Bukan nama sebenar). Beliau dapat melihat dengan mata sebelah kanan sahaja kerana mata sebelah kiri bermasalah. Banyak pesanan yang dititipkan. Allahu. Sungguh saya bertuah dan bersyukur kerana masih punya ibu dan ayah. Lara dijiwa mak Ires turut dikongsi sama. Tabah wahai jiwa-jiwa yang tenang, sesungguhnya ini ujian buatmu. Allah itu menghantar ujian semampu hambaNya. Ingatlah, sungguh di dunia engkau serba kekurangan, sekiranya engkau redha, Syurga Allah itu jua tempatmu.
Saya pun tak tahu akan kemana esok di hari tua. entah sempat tua atau tidak. Wallahu'alam.
InsyaAllah, hujung minggu ini akan ke sana lagi. Bersama rakan yang lain. ermmm... tak perlu buat appointment rasanya.
Moh ler kita zikir bersama.. :)
**Maaf. tiada gambar dapat di kongsikan kerana menghormati arahan pihak atasan. Namun, kenangan itu kami rakamkan dalam doa dan hati kami. :)
Salam selaut kasih.
Assalamualaikum ^^,