Thursday, 31 July 2014

Eid Mubarak 1435H

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, sebulan kita berpuasa, kini kita meraikan Aidilfitri. Semoga segala bentuk amalan kita diterima Allah. InsyaAllah.

Subhanallah. Sesungguhnya Aidilfitri kali ini lebih bermakna. Seronok. Raya kelima nampaknya kembali bekerja. Naik bas pun lagu raya... alahaiii... raya macam nak sambung cuti je.. heee ^_^

Sepanjang cuti 5 hari ini, hari pertama je duduk rumah. Rutin biasa setiap kali raya, hari pertama sambut saudara mara yang datang. Al maklum saja lah, ayah ibu dah jadi 'orang tua'.. gitu la gamaknya.

Sisters

Raya kali ini, monopod a.k.a tongkat a.k.a kayu golf a.k.a payung jadi tumpuan


Ayah & Wak Nasir

Time raya, makanan paling sedap ialah masak lemak, sambal belacan, ikan kering, sayur bening. Favorite!!

Nasi pun panas panas lagi... 

Ziarah Wak Suadi dan Wak Jimah, kuih tart & conflakes is their signature! yeahh!!

Driver of the day. Hehehehe..

Kak long, "Kucing kat rumah awak ada berapa?" Tengok cage kucing belang tu, banyak kan?? Pencinta kucing.

Nak duit raya? Opsss.. Ni bukan untuk kamu. ini ahmad albab yang punya. eh. salah. ini kucing-kucing di rumah yang punya.

Ayah.. Hmm nak abugit kat orang ke yah.. Kasi action kamen sikit. hihihi

Bukan group marhaban.. tengah buat ape ni yek?

Aik? kita nak main cop cop kerusi ke?

Keep calm

Standby..

Yeah! ini kerusi aku yang punya

Lets selfie for a while. Lambat sangat tunggu diorang susun kerusi. chill!!

Rumah maklong pun nak selfie. "Maklong ingat kamu bawak payung"

Terima kasih mak long :)

Rombongan cik kiah nak balik dah

Mamat nak berzapin ke?

Hometown

Haa.. setiap kali raya mesti request ayah nak balik sini. Baru feel kampung.

kebun nenas depan rumah. Pontian kan popular dengan nenas :)

Dress of the day












Amboi.. ibu ayah dapat buanh manggis tak perasan along.. hehe

Hitam hitam si tampunk manggis, sungguh pun hitam ku pandang manisss


Wednesday, 23 July 2014

Anak-Anak itu khalifah cilik

Assalamualaikum semua.

Agak lama tak menulis, apa habaq? hmm.. comel je cakap utara. ^_^

Pada awal  Ramadhan baru baru ini, saya telah mengikuti sebuah program yang dianjurkan oleh IKRAM Kulaijaya. Ajakkan seorang sahabat yang SubhanAllah, terharu dengan ajakkannya. terima kasih Ain. Semoga Allah mempermudahkan urusan kamu pula lepas ni ye.

Program ini lebih kepada anak anak belasan tahun. Ikramteens namanya. Program 2 hari 1 malam di surau Umar Abdul Aziz ini sangat bermanfaat. Allahuakhbar. mereka sangat bersemangat menjalankan setiap aktiviti. masa senggang, mereka bertadarus. Semput juga saya dan Ain menjadi fasilitator bagi kumpulan Imam Muda, di mana mereka perlu membuat persembahan berkenaan dengan sejarah Islam di bulan Ramadhan. Mereka memilih Perang Badar. Perang pertama di Madinah.

"Ustazah, siapa lagi nama sahabat Nabi yang 3 orang tu? yang mewakili tentera Islam sebelum peperangan besar?"

Gulp. Saya pass pada Ain. Allah. banyaknya yang saya tak tahu. Tak ngaji. Sejarah Islam pun tahu basic saja. :(

Jujur saya katakan, saya kagum dengan anak-anak ini. mereka menguasai sejarah berkenaan bukan sahaja secara umum, malah mereka tahu setiap jalan cerita, nama sahabat Nabi SAW yang terlibat, kecederaan yang dialami Abu Jahal. Allah Allah Allah. Cerdik.

Program 2 hari berkenaan di akhiri dengan aktiviti Street Da'wah. Yeay!

Street da'wah ni di buat di bazar Ramadhan yang berhampiran dengan surau di mana program itu berlangsung. Pihak Ikram telah menyediakan bungkusan kurma, beserta flyers berkenaan Malam Lailatul Qadar.

Suhaila cakap, "Kita ni tunggu kat sini, nanti orang cakap kita sindiket budak-budak minta derma". Hehe. tergelak kecil bila ingatkan macam tu. Tapi, memang sungguh. Saya sendiri pun rasa sebegitu. Tapi, kami temankan anak-anak ini untuk sampaikan buah tangan tersebut kepada para pengunjung dan peniaga. Ada yang menghulurkan duit. Tapi anak-anak ni cakap, kami bukan minta derma tapi kami ada program di surau Umar Abdul Aziz. Kami tengah buat street da'wah. Kami yang kakak-kakak fasi akan beritahu kepada pengunjung yang anak-anak ini sedang dalam program street da'wah.

Seronok mereka. Ada yang semasa di perkarangan surau, practise bukan main, tapi bila dah jumpa pengunjung, diam je. terus hulur kurma. Kemudian, bantuan kecemasan kakak fasi pun sampai la. Ketaq lulut aganya. tapi tak apa, pengalaman. lepas jumpa dua tiga orang pengunjung, mereka dah tak segan sangat.

Alhamdulillah. 90++ bungkus kurma dan flyers Malam LailatulQadar berjaya diedarkan. Tahniah ank-anak.

Alhamdulillah, kami pun  join bertadarus pada hari berkenaan. Terima kasih kepada Allah yang telah menggerakkan hati Ibu ayanh anak-anak ini untuk menghantar mereka ke sini. Terima Kasih juga kepada kak Ainul, banyak membantu saya. Allahu. Sahabat yang lain, insyaAllah ukhwah akan terus kekal menuju redha Allah. Cikgu Sakinah, Suhaila, Aini, Ain, Kak Ainul, dan adik kepada cikgu Sakinah (lupa namanya, maaf yee) terima kasih atas pengalaman ini. Kita berjumpa kerana Allah, moga kita berpisah juga kerana Allah.

#usrah itu kelas ngaji. nok p ngaji tauhid, tafsir. Nak kenal Allah. Cinta itu manis. Hilang cinta Dia, kita menagis tak berlagu.
bermula dengan sesi brain storming

mereka tahu betul sejarah



ini lah group "imam muda". 



sketsa dalam 10 saat je. 

Kemudahan di surau.. Alhamdulillah


Kakak-kakak fasilitator ^_^






bersedia untuk dakwah street. Dalam beg plastik tu ada biskusan kurma dan flyers u untuk diedarkan

Kami bukan bawak anak ank ni untuk minta sedekah tau







Sesi pengagihan kurma






Alhamdulillah. tugasan selesai. Jom balik surau

Sat naa.. tunggu kereta fasi datang ambil.. hehe