Wednesday, 17 September 2014

caca marba

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Hujung minggu yang penuh dan pack!
heheee

Busy sangat ke?? Group Pak Jabit plan nak pergi bercuti. tapiii chelet penuh dah :(. sedihkan.

Majlis kenduri Deja & Ika

Ehh.. terjumpa pulak.. kenal tak siapa ni..

Bismillah... meh support kita sikit :)

Ce teka pokok apa ni ...

Daun cekur.. masuk dalam masak lomak pon sodap :)

Taman Herba Sk Tmn Bukit Tiram. 

Taman Herba Sk Tmn Bukit Tiram

Taman Herba Sk Tmn Bukit Tiram

Taman Herba Sk Tmn Bukit Tiram - teringin lah pulak nak dslr :(

Taman Herba Sk Tmn Bukit Tiram

Taman Herba Sk Tmn Bukit Tiram-Buah Mahkota Dewa


Kau cantik sangat kin -Nurul Asyikin Binti Khairuddin

BBQ-Batu Layar


Daddy ooo daddy


Ekin nak siap siap









Sebarkan Bahagia-Fatimah Syarha


Bahagia itu bukan destinasi
yang belum pasti
bahagia ada setiap hari
dinikmati oleh hati

Bahagia anugerah Ilahi
berhak dimiliki
buat siapa yang mencari
dengan petunjuk hakiki

Bahagia perlu diciptakan
bukan sekadar diangankan
dalam setiap keadaan
dalam setiap kesempatan

Usah terus sengsara
bahagiamu di depan mata
ciptakanlah bahagia
dan sebarkan bahagia

FATIMAH SYARHA

Tuesday, 9 September 2014

keinginan membatasi kemampuan

hujan.
hari ini ke KL lagi. flight retimed. dari 7.20 pagi ke 10.10 pagi.

dan memang tak dan nak habiskan semua kerja sebelum flight balik 6.50 petang.  jem uihhh..

baru sekarang aku akui cakap pak cik teksi. taksempat satu jam untuk ke airpot. kalau tukar masa ke fight terakhir kena bayar, habis lah...

Alhamdulillah boleh tukar flight tanpa perlu bayar , sebab flight pagi tadi retimed. mungkin gantian kelewatan tu agaknya.

best jugak KL ni kan. tapi sayang, jem kemainnn lagi.

lalu bukit bangsar.
apa ada kat bukit bangsar ?
ghumah yang cantik ala ala resort.
uhuiii... memang idaman qalbu dalam mimpi la kan. dengan konsep kayu kayan , pohon palma. Allah.. tengok sambil senyum. hati pun senyum jugak la ^____^

bisik dalam hati.
Ya Allah besaqnya rumah.
bestya.. siapalah agaknya yang duduk sini.. macam rumah dalam anjung seri. 
hehe.. jakun giloss kan.

tengok boleh la. 
pastu bisik dalam hati, aku tahu aku tak mampu ada rumah macam ni, tapi tak pe. aku nak ada istana kediaman dalam syurga Allah.

dan oleh itu, kena la patuh pada Allah. ni gali ilmu pun belum banyak lagi. uhuk uhuk T_T

terima kasih Allah. semoga kita semua peroleh hidayah dariNya ^_^

Monday, 1 September 2014

May Allah guide us to the right path


Mestilah pernah...

Pernah rasa?
Tangisan dalam diam..
Tangisan yg ditahan sungguh-sungguh..
Supaya tak siapa perasan hati ni sedang menangis..

Tangisan yg cuma bergema diruang hati..
Sungguh sakitkan dada menahan tangisan tu..
Rasa nak pecah hati ni..
Lemah seluruh anggota badan ..

Tak apa wahai hamba Allah yg disayangi..
Sungguh Allah sedang pandang dirimu..
Dengan penuh kasih sayang,penuh rasa cinta ..
DIA menunggu kamu utk kembali padaNya..

Ingatlah Allah, DIA sentiasa membuka pintu taubat..
Pintu kemaafan supaya kita hamba yg sering lalai..
Tidak akan selamanya hanyut dalam hal duniawi.. :')

- cloudswatcher

Saya nak jadi bidadari juga!

Petikan dari Aku Islam Facebook.

Untuk kita-kita je.. :)



Muslimah itu,
Terkadang gelak kuat tak henti-henti,
Terkadang juga minum berdiri,
Terkadang sebelum tidur terlupa baca doa dan ayat Kursi,
Terkadang pakai stoking mula dari kaki kiri,
Terkadang aci redah sarung kasut orang lain tanpa di sedari.

Muslimah itu,
Terkadang gembira sampai terlompat terkinja sambil senyum tayang gigi,
Terkadang air matanya menitis laju tak terperi,
Terkadang rasa lemah sampai tak mampu nak bangun-bangun lagi,
Terkadang rasa marah menguasai diri,
Sampai rasa nak lempang orang tu laju-laju without mercy.

Muslimah itu,
Adalah manusia biasa,
Yang tak lari dari segala bagai perasaan sebagai manusia,
Yang tak lari dari segala macam ujian dan pancaroba,
Yang tak lari dari perasaan lemah dan tak bermaya,
Yang tak lari dari buat khilaf salah dan dosa
Kerana apa?
Kerana dia juga manusia biasa.

Apa-apa pun,
Yang pastinya,
Muslimah itu,
Sentiasa bangkit bila terjatuh,
Sentiasa cuba gembirakan orang lain walau hatinya sendiri remuk,
Sentiasa cuba untuk improve diri,
Dari semasa ke semasa tanpa henti,

Walau terkadang dia tersungkur,
Itu bukan kerana dia lemah.
Tapi itu kerana dia cuba ambil masa untuk bangkit semula,
Jadi kuat dari sebelumnya,

Kerana dia berusaha,
Untuk menjadi bidadari dunia,
Dan juga di akhirat sana.. :')