Sunday, 30 November 2014

Kelebihan menghaffaz surah al kahfi

Terdapat beberapa kelebihan khusus yang telah disebut oleh Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bagi sesiapa yang membaca surah al-Kahfi.
 Antara kelebihannya ialah pengampunan dosa di antara Jumaat dengan Jumaat jika dibaca pada hari Jumaat dan dijauhi fitnah al-Masih ad-Dajjal jika menghafal 10 ayat terawalnya.  Berikut adalah beberapa hadith mengenai kebaikan surah al-Kahfi:
Imam Ahmad berkata :”Daripada Abi Darda’ daripada Nabi SAW, baginda telah bersabda: “Sesiapa menghafaz sepuluh ayat daripadanya permulaan surah al-Kahfi,maka terhindar daripada Al-Dajjal.”
 [ Riwayat Muslim,Abu Daud,Al-Nasa'i,Al-Tarmizi daripada Qatadah ]
Imam Ahmad berkata : ”Daripada Abi Al-Darda’i, Nabi SAW bersabda : “Sesiapa membaca sepuluh ayat akhir daripada surah Al-Kahfi,maka terhindar daripada fitnah Al-Dajjal.”
 [ Hadis Riwayat Muslim dan Al-Nasa'i ]
Daripada Muaz Ibnu Anas Al Juhani daripada bapanya daripada Nabi SAW bersabda : ”Sesiapa membaca awal dan surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yg membaca keseluruhannya,maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi.”
 [ Hadis Riwayat Ahmad ]
Daripada Umar berkata: Nabi SAW telah bersabda : ”Sesiapa yg membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Utknya cahaya dihari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat.”
 [ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]


Daripada Abi Said Al Khudri berkata:”Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka dihamparkan utknya daripada cahaya antara dia dan bait Al Atiqa.”
 [ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]
Daripada Mandhur Ibnu Zaid, Khalid Al-Juhani dari Ibnu Al-Hussien dari bapanya daripada Ali Marfu’an:”Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat,maka dia dihindari daripada fitnah selama lapan hari,dan jika Al- Dajjal muncul,maka terhindar dia daripadanya.”
 [ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]
Daripada syukbah daripada Abi Hashim dgn isnadnya.sesungguhnya Nabi SAW bersabda : ”Sesiapa membaca surah Al-Kahfi sebagaimana ia diturunkan,jadilah cahaya utknya dihari kiamat.”
 [ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]
Salam Jumaat..~
JOM baca surah Al-Kahfi… 

Di petik dari iluvislam.com

Horse Riding

"OUTSIDE REIN
INSIDE LEG"

Haaa.. itu syarat untuk rising trot..

Bagaimana kita trust & respect pada haiwan yang bernama kuda ini..

Kenal dan faham fungsi body parts ini untuk memudahkan kita belajar tentang kuda
How is it?? ^___^

Untuk yang berminat untuk belajar sunnah memanah tradisional dan berkuda ini, jom ke Riyadh Equestrian (Tiram Indah Equestian Park), Ulu Tiram Johor. Boleh search di Facebook Riyadh Equestrian Ulu Tiram

InsyaAllah. Tenaga pengajar yang sangat berpengalaman akan mengajar kita dengan penuh komitmen, ikhlas dan penuh sabar.

Terima kasih kepada Coach Rino, Ms Ira, Ustaz Zaki, Ammar, Latif, dan Supar..
sertaaaa tidak ketinggalan, 9 ekor kuda yang dirindui selalu:
1. Lims Top
2. Urban Dancer
3. Breeze
4. Warring
5. Ramad
6. Saber R
7. Princess
8. Fateh (Baby)
9. Fiyadh (ini ceq tak pasti sangat namanya... heee)

Sampai jumpa...

Pohon Pengertian

Bila mana hati kata sana.. hati kata sini...

Al fatihah untuk masa, untuk orang orang kesayangan.
Semoga faham dan mengerti.

Riyadh Equestrian, Allahu.. banyak nya yang best. Hujung minggu je hilang ke sana.
Ibu pun apa lagiii... nak nak majlis dah nak dekat.
A week before, kena kuarantin. Mana nak edar kad, kemas rumah.. alahai...
Semoga Allah memberi kemudahan dan kesenangan dalam mengerjakan sunnahnya..

Ain target, Nak ambil kelas horse riding start 2015.
InsyaAllah.
Doakan saya ye semua...
Mudahkan jalanku Ya Allah.

Rasa yang sukar digambarkan bila  bersama kuda...

p/s: Tali string bow sudah putus. mohon diganti secepat yang mungkin. Baru feel sikit time memanah..

Allah humma yassir wala tu'asir... ^_______^

Ku Mohon - Afghan

Setiap hariku mohon agar Kau senantiasaMemberiku ketenangan dalam hati kekuatanMenempuhi segala dugaan yang mencoba iniPasti punya artinya
Kau beriku harapanMenjawab segala persoalanHadapi semua dalam tenangHingga merasa kesungguhan
Ku doa Kau selalu mengawasi segalaGerak-geriku berkatilahKu perlu rahmat dari Mu
Oh Tuhan terangkan hati dalam sanubarikuUntuk menempuhi segala hidup penuhJabaran ini
Oh Tuhan ku berserah segalanya kepada-MuAgar jiwaku tenang dalam bimbingan Mu selalu
Ada kala ku merasa hidup ini seperti kacaJikalau tidak bersabar hancur berlerailah akhirnyaTabahkanlah hatiku melewati semua ituKuatkanlah jagakanlah diriku

Sunday, 9 November 2014

Sukan Sunnah Memanah dan Berkuda

Lokasi: Tiram Indah Equine Park
Tarikh: 01 Muharam 1436H

Permulaan yang baik untuk kedatangan bulan Islam.

Nekad je pergi sorang-sorang. tak ada kawan teman. Kenapa nekad macam tu sekali? Sebab memang lama dah cari peluang untuk belajar sukan sunnah ni. Lagi pun, dekat je dengan rumah. 10 minit drive. Dekat kan? ^_^

Bermula dari sesi pendaftaran dari jam 8 pagi ke 12 tengah hari lebih. 

Ramai juga yang menyertai program ini. Dalam 40 lebih orang. Mula-mula, kami dibahagikan kepada 4 kumpulan kecil. 10 orang setiap kumpulan. Kumpulan saya di coach-kan oleh Encik Aqeel. Kumpulan kami diberi kuda yang bernama Siber. Maaf kalau salah ejaan. hehe

Belajar dari pasang tali ke muka kuda, bersihkan kuda, sehinggalah menunggang kuda. Kalau tengok dalam movie, macam-macam gaya cara menunggang kuda kan. tak mudah juga nak mengawal kuda ni. 

Antara kefahaman yang saya dapat untuk menunggang kuda (walk):
Posisi kedudukan kita iaitu telinga, bahu, point of hip, dan heel perlu selari.

ada 4 cara kuda berjalan/ berlari. yang saya ingat hanya 3 iaitu W.T.C
W= walk
T= trot
C= canter 

Kami juga diberi peluang untuk membawa kuda berjalan-jalan dan menunggang kuda. 

MasyaAllah... seronok sangat, walaupun ada takut sedikit. hehe

Kemudian, selepas makan pagi, kami buat acara memanah tradisional yang di ajar oleh ustazah dan Ustaz Zaki. Kelebihan memanah antaranya seperti yang berikut:

1. Letak tawakal dan redha pada Allah. Kita dah aim pada target warna merah di target butt, tapi andai kata tak kena sasaran, perlu redha dan tawakal. kita dah usaha sebaik mungkin untuk aim pada sassaran, selebihnya itu urusan Allah SWT.

2. Anah panah yang dilepaskan itu ibarat percakapan atau kata-kata yang kita ucapkan. Tak boleh ditarik balik atau nak stop-stop kan. Oleh itu, berfikir dengan rasional sebelum bercakap.

3. Melatih sifat sabar dan tenang. Dah mamanah, kena pula cabut anak panah dari target butt. kalau jauh , ikut berapa meter yang ditetapkan, ingat tak penat ke? penat cik kiah.. tapi tu yang melatih kita sabar. apatah lagi dalam terik mentari... Allah.... kaut ye sayang sayang sekalian mental dan fizikalmu.

Alhamdulillah. Sabtu lepas, 8/11/2014 ke Riyandh Equestrian, niat nak beri barangan yang Ekin kirim. Alang-alang nak minta pertolongan Ammar atau Latif string kan tali pada bow. Sekali Ammar kata " String pada bow ni sebenarnya tanggungjawab archer"

Adehhh... 

Cuba juga pasang tali tu. Tapi... Ya Allah... susahnya. menggigil tangan di buatnya. Kesian Ekin, terganggu riding class beliau. At last, Latif datang tolong. Sebenarrrrnya tak susah pun string tali pada bow. yang penting, kena tahu teknik. Kalau tak, jadi macam saya, kan... bertampal koyok sana sini. hahaha..

Alhamdulillah. kepuasan atas kejayaan dapat string bow sendiri sampai tak sedar jari tersepit kan. Terima kasih semua!!!!
Selagi saya string tali dan ajar pada orang lain, kalian juga akan mendapat pahalanya. InsayAllah.
JazakAllah hu khairan.

InsyaAllah Sabtu ni pergi memanah. Erm... cari geng. Anyone yang interested?? Angkat tangat sikit! hehe
Yang baju hijau tu Aqeel. Dia jadi coach kumpulan kami, dan itu Dayah, kenal pun kat sini

Don't say any words. haha

Okeh bawa Siber jalan jalan

Lembut tapi tegas. Boleh ?


Saddle, dan saddle cloth

Riyadh Equestrian Park @ Tiram Indah Equine Park


Taku takut berani



Demo memanah tradisional. memang best.

Coach Rino dan dibantu Ammar (baju hitam) dan Latif (baju hijau). Aqeel pun ada, buat parkour , tapi tak ada dalam gambar ni. handphone boleh habis battery la pulakk..