Bow belum di beri nama lagi..
Ada idea tak??
Sekarang ni tengah mencipta keserasian bersama bow..
Baru nak saling kenal-kenal.
Nak tahu cara penjagaan dan penggunaan macam mana.
Bow Kaya ni manja, maksudnya tak boleh terdedah terlalu lama dengan panas matahari, sebab dia dari kayu yang di laminatekan.. Saya kurang arif. Tapi saya nak belajar. ;)
Alhamdulillah..
Sebenarnya, banyak ilmu ilmu rahsia memanah.. erm..
Saya fikir kita semua kena cuba dan rasa.
Tulis, baca, dan lihat gambar, tak dapat feel macam mana..
Cuba-cuba kan diri untuk memanah.. tak kira lah moden atau tradisional.
Dulu masa awal-awal cuba sukan ini, saya ada tanya soalan,
"macam mana nak bagi anak panah kena pasa sasaran"
Kerana waktu itu, anak panah biasanya akan melilau atas target butt lah, ke sana, ke sini..
"Memanah guna mata hati"
Lama sungguh saya nak mentafsirkan bagaimana..
Tapi lama-lama, kita belajar.
Belajar untuk tenteramkan emosi, belajar untuk betulkan figure badan dan cara melepaskan anak panah.
Jika kita punya 5 batang anak panah, anak panah yang pertama, mungkin tersasar. Lalu kita memperbetulkan anggaran kekuatan melepaskan anak panah, atau memperbaiki kedudukan tangan kita, ke atas sedikit atau kebawah sedikit. Adjust!
Dan In shaa Allah kita akan dapat momentum yang diperlukan. Sabar banyak-banyak!
Haaa... satu lagi. Kadang-kadang saya pun lupa. Tapi kena kata pada diri, betulkan yang biasa, biasakan yang betul.
Okey. Contoh bila kita dapat sesuatu yang baik atau memuaskan hati, orang akan puji " Eh, keputusan periksa kau bagus ehh..Wahh.. hebat ni.."
Kadang-kadang kita jawab : "Eh, tak de lah.." "Saya cuba-cuba je, tak tahu pula menjadi"
Ucapan seharusnya, ucapkan ALHAMDULILLAH, kemudian SENYUM ^__^.
Tapi ada juga orang yang jawab macam ikhlas tak ikhlas kan.. " Alhamdulillah lah dia dapat keputusan macam tu, kalau tak mesti dia dot dot dot"
Adehaiii -_-'