Tuesday, 27 January 2015

Hati Kita Milik Allah

Bismillah hirrahman nirrahim

Usai solat sunat Dhuha di surau, saya melipat telekung dan sejadah. Tangan kanan membimbit telekung, manakala tangan kiri membimbit sejadah.

Saadah: "Err, are you praying Zuhur?"

Nur: "No, I'am prying Sunat Dhuha" Senyum

Saadah: "Its 2 rakaat is it?"

Saadah: "How the niat?"

Nur: "Usolli sunnata dhuha rok a'taini lillahi taala"

Saadah: "Boleh tak baca dalam bahasa Melayu?"

Nur: "Saya baca dalam bahasa Arab dahulu, kemudian niat Bahasa Melayu"

Dengan mata berkaca, Saadah memberitahu bahawa keluarganya tidak senang apabila dia bersolat di rumah. Saadah masih belajar di salah sebuah kolej di bandaraya Johor Bahru. Waktu kelasnya pada hari ini akan bermula jam 2 petang. Dia perlu menyelesaikan solat Zuhur sebelum waktu kelasnya bermula.

"Saya solat lambat sedikit. "

Wajahnya menunduk memandang sejadah.







Saadah telah berada di surau sebelum azan Zuhur berkumandang. Persiapan solat juga telah disediakan dengan kemas. Telekung, sejadah, stokin, dan anak tudung. Berus dan ubat gigi juga kemas di genggam tangannya, sebelum berwudhuk, membersihkan gigi dan gusi terlebih dahulu. Seperti sunnah Rasulullah, bersugi.

Menurut Saadah, selepas kelasnya berakhir jam 6 petang, beliau harus bergegas pulang ke rumah yang mengambil masa 1 jam 40 minit dan menunaikan solat Maghrib sebelum kepulangan ayahnya.

"My father throw away my telekung. So I have to use telekung from here (surau)"

Telekung empunya Saadah telah di buang oleh ayahnya.

Saya sempat bertukar nombor telefon dengan Saadah. InsyaAllah kami akan berjumpa lagi.

Sesungguhnya hidayah itu Millik Allah

Saadah yang di maksudkan adalah seorang Muallaf. Beliau berumur 18 tahun. Telah mengucap dua khalimah syahadah pada tanggal 6 Ramadhan yang lalu. Keluarganya maklum akan penghijrahan Saadah, tetapi menentang.

Saya terpanggil untuk bersama-sama beliau mempelajari agama Allah ini.

" Ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengetahui, kami mohon pada-Mu Ya Allah agar Engkau permudahkan urusan kami dalam mencari hidayah dan rahmat-Mu. Sesungguhnya kami ini amat mengharapkan keredhaan-Mu. Tinggikanlah nama kami di sisi-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh.

Perkenankanlah doa dan harapan kami, Ya Rabb.."



Friday, 16 January 2015

Nasi Arab in the house

Persiapan o'level tak lama je lagi.
mohon Allah beri kekuatan dan permudahkan urusan.
Amin ya Rabb..

Dan satu lagi yang mengganggu,
Macam mana pulak lah Johor Bahru bertukaq jadi Seri Kembangan.
oh my Johor... please come to mama..

Januari..
Hari ulang tahun kelahiran ibu & ayah.
Kita pun cuba-cuba lah buat Nasi Arab.
Apa lagiiii... meng-google-lah kita..

Pukul 11 pagi masih tak gerak memasak.
"Along kalau nak masak dah boleh masak ni" - ayah
Ibu balik kejap je lagi. Kebetulan birthday ibu jatuh pada hari pertama sesi persekolahan.
Boleh agak lah macam mana penatnya ibu.. 

Nasi arab.
Arab memang terkenal dengan kepelbagaian rempah ratusnya.
Macam yang selalu tengok dalam rancangan Spice Root di TV3 :)
Suka tengok rancangan tu. sambil masak, sambil melancong.

Dan saya.. errr... failed bab rempah rempah ni. soooo many. 
aiyyakkk~

Kita masak ayam je lah. ye. ayam sahaja. tak de kuah.
and suddenly Mona meng-offer-kan dirinya untuk buat kuah sup.
apa lagi, bagai orang haus di terik matahari diberikan ABC.
(( imagine kannnn....)) hehe

Ayam simple. SANGAT simple rasanya.
Saya rasa ayam ni sihat. maksud saya, cara masaknya. 
Rebus guna rempah ratus, kemudian buat sos apa namanya tu (lupa), marinate dan panggang dalam pemanggang ajaib.
Pucat sungguh la warna.
Pewarna merah tak ada.
(( boleh je guna serbuk kari sikit. tapi tak terfikir. al maklumlahhh..))

"Ibu, bila nak balik sekolah?"
"kejap lagi ni balik lah, lepas ibu buat kerja sikit. Along masak apa kat rumah?"
"Along cuba je. tapi tak tau rasa macam mana. Along buat Nasi Arab"
" Wahhh... Nasi Arab!. Bestnya! Tapi kenapa nasi? ibu tak makan nasi."

Fuh. Keterlupaan yang sengaja di buat buat.
Mak ai olsss diet Atkins sekarang ni. Kemain lagiii dia...

Akhirnya ibu makan juga nasi arab yang ala ala kemelayuan nusantara srikandi melayu dulu kala kesultanan melayu melaka tersebut..
Ibu makan habis satu pinggan. Opss.. small portion je..
 hmm.. jadi lah labu..
Citrus flavor. Rasa seakan ayam kat Nando's pun ada ni. hikss..~

Oh ya.. album kahwin angah dah dapat.. :)


Thank you angah & azrul. Baru petang tadi tengok TV ada pavlova, sekali malam, dapat makan. Alhamdulillah. nikmat. Allah dengar bisik hati.
Tiba tiba je nak try buat poem. oh bukan poem. ermmm... apa ya...


Thursday, 15 January 2015

Muslimah High Class. Ayuh!!

Bagaimana Menjadi ‘Muslimah High Class’ Akan Membuat Hidup Kita Sentiasa Bahagia?

muslimah high class
mari menjadi muslimah high class
Buat diriku dan hawa-hawa sekalian, try Motivatekan diri kita dengan mengatakan ini setiap hari:
“Aku Muslimah High Class, Aku ingin cari redha Allah. Aku ingin ke syurgaNya bersama orang yang aku sayang.
Aku ingin berakhlak seperti akhlak ahli syurga.
Syurga itu Mahal, di huni oleh orang-orang Mahal (High Class dalam beriman dan bertaqwa kepada Allah).
Bukan yang sebaliknya.
Maka aku memulakan langkah hari ini. Moga hari ini lebih baik dari semalam.
Bismillah”.
Muslimah High Class?
Menyebutnya sahaja seakan memberi debaran pada diri.
Rasa besar?. Rasa macam too extremeRareImpossible?
Bagaimana itu  muslimah High Class? Boleh berikan makna dalam bahasa yang mudah difahami?
Begini, High Class dari pemahaman saya ialah suatu yang terbaik, berkualiti tinggi, mempunyai nilai yang sangat bermakna dan ukuran yang tinggi.
Menyebut tentang High Class, saya jadi teringat pada pesan mama:
”Jadi perempuan ni kena High Class sabarnya.  Kena kuat hadapi apa jua yang mendatang.
Biasalah kita kaum hawa ni mesti harap yang indah-indah terjadi dalam hidup kita. Paling tidak pun kita pernah berangan nak macam ni, nak macam tu. Normal lah tu.
Tambahan lagi, naluri seorang perempuan ni lembut dan cepat tersentuh. Dia hanya ingin yang terbaik untuk orang yang dia sayang.
Kalau boleh semua yang dilakukannya  adalah sehabis baik dan menyenangkan hati orang sekeliling.  Kebahagiaannya adalah apabila dapat membuat orang yang dia sayang gembira, tersenyum dan terus kuat dalam menghadapi hidup.
Kesedihan baginya pula adalah apabila melihat orang yang dia sayang menangis, downstress atau sakit”.
Jika kita perhatikan sudah banyak orang ‘pung pang pung pang’ mengenai aurat.
Sampaikan ada yang membuatnya dalam bentuk lagu,  ada yang membuatnya analogi, ada yang membuatnya dalam ayat berbentuk pujukan, ayat berbentuk rayuan, ada yang buat pantun, ada yang buat video, dan seringkali juga dibincangkan dalam ceramah.
Tidak kurang juga yang membuat soal selidik  dengan pelbagai soalan yang berkaitan tentang aurat.
Di sini, bukan niat saya untuk bahas lebih tentang itu. Saya juga sedang dalam usaha berubah ke arah yang lebih baik, doakan saya.
Saya amat yakin yang semua manusia mempunyai fitrah untuk melakukan kebaikan dan sukakan kebaikan. Mentaati Allah adalah kebaikan. Malah ia turut membahagiakan dan menenangkan hati.
Saya yakin potensi setiap manusia itu ialah dia ingin berubah dan mampu berubah.
Justeru itu, saya rasa terpanggil untuk berkongsi dalam sebuah artikel ini sebagai peringatan buat diri saya terutamanya dan sahabat semua.

Menjadi muslimah High Class itu bagi saya apa?

1. Muslimah High Class itu adalah yang takut kepada Allah dan RasulNya.

Takut yang bagaimana? Takut dalam ertikata yang lebih tepat Beriman dan Bertaqwa kepada Allah dengan sebenar-benarnya. Sangat ambil berat akan perintah Allah.
Sangat takut akan marahnya Allah kepada dirinya.
Maka disebabkan itu, dia meletakkan Allah adalah keutamaan yang utama dalam segala yang dia lakukan. Setiap perintah Allah cuba dipatuhi.
Solat 5 waktu, menutup aurat, berbakti kepada kedua ibubapa, rajin membaca Al-Qurandan menuntut ilmu, taat kepada suami (bagi yang sudah berkahwin), mendidik anak dengan baik dan lain-lain lagi.

2. Muslimah yang High Class itu ialah yang setia.

Setia dalam banyak perkara. Terutama “ Sabar dan Solat” .
Ini ada disebutkan dalam Al-Quran Surah Al-Baqarah: ayat 45-46. Selain itu, dia setia dalam berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan kepada kesabaran.
Tambahan lagi, dia juga setia dalam membaca Al-Quran walaupun pada permulaan dia letakkan target sehari sehelai. Lepas tu insyaaAllah ada penambahan pula.
muslimah high classHaa..begitulah..Bahkan, Muslimah High Class ini ialah dia yang setia dalam mencurahkan kasih sayang yang High Class kepada ibubapanya, kepada suaminya, kepada guru-gurunya, kepada sahabat-sahabatnya, kepada anak-anaknya dan kepada seluruh manusia yang lain mengikut syariat yang digariskan dalam islam dan mencontohi  sikap Nabi Muhammad s.a.w.
Bukan pula sebaliknya, iaitu mencurah kan kasih sayang bagai mencurah air ke daun keladi.
Macam tidak sudi. Seperti melepaskan batuk ditangga.
Hanya memberi sisa-sisa kasih sayang yang didalamnya suda terisi dengan rasa penat, mengantuk, dan moody.. Bukan juga yang khayal dengan dunia ciptaan sendiri.
Sibuk dengan  gadjet dan laman sosial seperti Facebook, WhatsApp, WeChat, Instagram, dan lain-lain lagi. Bukan tak boleh semua tu, cuma kita kena High Classlah dalam menguruskan masa. Kan.

3. Muslimah High Class itu, adalah muslimah yang berani untuk mengambil langkah untuk berubah.

Dia berani untuk berubah walaupun perlu menggunakan “analogi anak kecil” iaitu dari tidak pandai berjalan sehingga menjadi pandai berjalan dan akhirnya pandai berlari.
Jika kita yang sedang membaca ini berniat untuk berubah atau sedang belajar dalam melakukan perubahan. Teruskanlah. Tahniah saya ucapkan buat kita. We’re choosen.
Jadilah yang terpilih dan memilih. Jangan jadi yang terpilih tapi tidak memilih. Melangkah lah sahabatku. Perlahan-lahan.
Mungkin akan kedengaran suara-suara merdu “ woi..lain sudah kau sekarang” “muslimah sejati tu…” “Ustazah” “ Khemah bergerak” “Cendawan” dan seangkatan dengannya.
Percayalah, ini normal. Berubah ni luas. Jika sebelum ini tidak solat, sekarang ini sudah solat juga adalah satu perubahan.
Jika sebelum ni bercakap kasar, sekarang berusaha sedikit demi sedikit untuk menjaga tutur kata juga ialah satu perubahan.
Saya pernah terbaca satu perenggan ayat ni:
“Change is never easy. But, remember that Allah always with you.
For me. For us. He brings us this far, so He’ll help us go through this. Believe that, Allah is never blind to our tears, never deaf to our prayers, and never silent to our pain.
He sees, He hears, and He is never too far.”

4. Muslimah High Class itu ialah seorang yang tabah hatinya dalam ujian hidup.

Percayalah, Allah menguji kita sesuai dengan kesanggupan kita.
Sewaktu berada di sekolah menengah hinggalah sekarang, Allah uji kita dengan dugaan agar kita mengenali diri kita sendiri, banyak pilihan yang harus kita buat, kerap juga bergelut dengan bisikan hati dan perasaan. Keliru.
Ada ketika, Allah uji kita dengan menghadirkan seorang lelaki dalam hidup kita. Kadang-kala Allah uji kita dengan masalah kewangan. Kadang-kala Allah uji kita dengan masalah keluarga.
Kadang-kala Allah uji kita dengan memberi penyakit kepada kita. Kadang-kala Allah uji kita dengan masalah kawan-kawan. Kadang-kala Allah uji kita dengan kehilangan benda atau orang yang kita sayang.
Kadang-kala Allah uji kita dengan kemewahan. Kadang-kala Allah uji kita dengan jawatan dan ditempat kerja.
Dan Kadang-kala Allah uji diri kita dengan perasaan yang besilih ganti seperti sedih berpanjangan, riak, rasa diri cantik, rasa diri kurang cantik, rasa bimbang, rasa kurang keyakinan, dan segala rasa-rasa yang positif mahupun negatif. Beware!
Amalkan lah erti hidup pada memberi. Tenang dan menenangkan. Bahagia dan membahagiakan.
muslimah high classJika kita selami dan perhatikan,  perempuan itu amat dekat jiwanya untuk memberi.
Tetapi tidaklah pula saya mengatakan kaum lelaki tidak suka memberi.
Cuma di sini, saya fokuskan kita berfikir tentang kita yakni Kaum Hawa.
Honestly says that, perempuan kena bersedia untuk memberi bahagia, memberi pengorbanan, memberi usaha yang all out dalam semua yang dia lakukan (sebenarnya lelaki pun).
Tidak kisahlah samaada dari segi masakannya, dari segi mengemas rumah, cuci kain, menjaga ibubapa, melayan suami, menjaga dan mendidik anak, buat assignments, bisnesnya, kerja dakwahnya,  dan lain-lain.
Mencuba dan terus mencuba. Berusaha dan terus berusaha.
Semua hanya untuk mencari redha Allah.
Ini sepatutnya yang disetkan dalam minda seorang “Muslimah High Class”.

Banyaknya… macam susah je nak jadi Muslimah High Class ni?

Dan yakinlah bahawa akhirnya, Muslimah High Class itu akan dapat apa yang dia pernah beri. What you give, you get back. Itulah sifirnya.
muslimah high class
Contohnya, jika seorang perempuan berbuat baik kepada ibubapanya, insyaaAllah, anaknya jua nanti akan berbuat baik padanya.
Jika dia rajin melemparkan senyuman, bantu orang susah, akan dia dapati ramai manusia yang juga murah senyuman padanya dan membantunya disaat dia memerlukan.
That’s life. Allah maha adil.
Allah menguji kita hari ini kerana Allah mempersiapkan kita untuk menjadi tabah.
Yakni tabah dengan ujian hidup yang akan datang. Allah menguji kita kerana Allah mempersiapkan kita untuk menjadi perempuan yang berdikari.
Allah mempersiapkan kita untuk menjadi perempuan yang matang serta kental jiwanya walau apa jua di hadapan. Allah mempersiapkan diri kita untuk amanah-amanah yang lebih banyak di masa akan datang.
Lantas, Allah mendidik kita. Dengan lembut.
Baiknya Allah, dia mendidik kita dengan cara yang sesuai dengan diri kita, dengan mengambil kira segala sisi, yang termampu kita menanggungnya.

Penutup:

All of All yang disebutkan diatas, yang saya rasa paling penting, Muslimah High Class itu adalah yang sedar, tahu, dan mahu.
Bagaimana tu?
muslimah high class
muslimah high class
Muslimah High Class ini, dia sedar yang akhirnya dia akan Mati. Kembali kepada Allah. Dia sedar yang setiap apa yang dia lakukan didunia akan dicatat samaada sebagai pahala dan dosa.
Jika baik pahala, jika buruk dosa.
Dan ini akan membawa akibat yang besar buat akhiratnya. Dia sedar yang dia perlu beriman dengan 6 rukun iman dan melaksanakan 5 rukun islam.
Kemudian atas kesedaran itulah, dia tahu dia perlu berusaha untuk mancari redha Allah dalam setiap yang dia lakukan, dia perlu mencari ilmu, menyampaikan ilmu, dan dia perlu memperbaiki diri hari demi hari.
Ini semua kerana matlamatnya ingin bertemu dengan Allah, Rasulullah, dan berbahagia selama-lamanya di Syurga.
Jadi. Jom sama-sama pimpin tangan “kita usaha jadi MUSLIMAH HIGH CLASS!!”.
Ia bukan soal berapa kali kita jatuh, tetapi ia soal kita sedar, tahu dan mahu. Doakan saya dan kita semua.
Peace *senyum*

Friday, 9 January 2015

Hujung Minggu, Hujung Tahun

Menggunakan masa dengan sebaiknya.

Ye. Sebaiknya.

Saya kurang setuju menggunakan term, "Menghabiskan masa hujung minggu"

:)

Sebab?

Ibarat macam dah tak ada apa sangat yang nak di buat.

Okay.

Check this out.

Bawa Wan ke Riyadh Equestrian (RE)

Nak kenalkan dengan memanah dan berkuda.

Saya sempat memandikan Ramad. Pengalaman pertama. Teruja ke?? jangan lah cakap. Sangat teruja!

:)

Minggu lepasnya memerhatikan peserta O'level mandikan dan grooming kuda-kuda. 

Buat apa yang tahu je lah. Sebab kita tak belajar lagi. hehee..

Insya Allah, semoga Allah bagi ruang waktu yang berkat untuk kita ambil kursus 3 hari 2 malam O'level Horse Management yaa.. Amin 

:)

Berani berani takut. Takut kena tendang. hihi

Maybe love should be like this? 


Ada suatu hari tak dapat ke RE kerana ada urusan. Petang tu kita memanah di sebelah rumah je lah. Sepupu pun join sama. 

"Jom lah memanah, Along ajar kan"

Ayah pun dengan semangatnya siap buatkan target butt.

Ambil belon, tiup. Jadikan target.

hihi..

Sebarkan sukan sunnah ini.. :)

okay lah untuk entry kali ni.

Salam selaut kasih :)

Assalamualaikum.

Doa_List

Awat hang doa list pulak?

Ermm.. sebab ceq tak mau buat wish list lah.

Hang doa diam-diam la oiii


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Malunya dengan Allah

Selalu buat buat lupa kat Dia

Selalu tak ingat kat Dia

Tapi,

Dia selalu bagi apa yang kita minta

Dia bagi kita apa sahaja

dan, perkara itu akan mendatangkan kebaikan pada kita.

Malu. Malu.

Kita aim tiap pagi bila bangun tidur.

Kita nak jadi lagi hebat dari semalam.

Sebelum tidur, apa kebaikan yang kita buat hari ni ehhh..

lagi sedikit dari semalam kah?? Atau bertambah baik..

(Pandai analisis orang lain kan? la ni analisis diri sendiri. ce tengok macam mana... )

:)


Saya  doa

Nak pergi umrah dengan ibu dengan ayah

Saya nak kita semua pergi umrah. Kemudian, mengerjakan haji.

Semoga Allah memberi ruang waktu yang berkat, rezeki dari sumber halal yang melimpah ruah.

**Antara doa list saya.

Semoga Allah mempermudahkan urusan kita. Amin ya Rabb

:)

:)

:)

Thursday, 8 January 2015

Kelas Khamis

Syukur.
(sambil putarkan lagu ost pencetus ummah)

:)

Alhamdulillah. Terima kasih Allah yang Maha Pemurah. DoaList saya. belum semua tapi sebahagian telah Allah kabulkan.

perasaan? bersyukur. bahagia betul hati ni.

Allah akan beri pada kita sesuai pada waktunya nanti.

Dia maha mengetahui apa yang tidak kita ketahui :)

.

kemudian,
perkongsian dari kelas bersama Ustazah Radziah Hassan lepas maghrib tadi:


1. baca a'uzubillahi minasyaiton ni rojim 7x / 5x / 3x / 1x bila kita rasa takut

2. Niatkan bacaan Al-Fatihah itu dengan niat zikir andai kita dalam hadas besar

3. kita datang majlis ilmu, dapat ringankan dosa mak pak kita dalam kubur selama 40 hari

p/s: sabaq la duhai hati nak tunggu khamis depan ^_^

Tuesday, 6 January 2015

Memilih yang Halal dan Bersih

First, This entry absolutely fasal makan (Food and beverage) tau... ^_^

Halal itu bukan 
"no pork" "no beer" 

Halal itu bukan
"Pekerja sini semua Melayu, jadi halal lahhh"

Halal itu lebih meyakinkan dengan perakuan Sijil Halal yang sah dari JAKIM.

Sekian.

~~~Sampaikanlah walau sepotong ayat~~
Mudah-mudahan mereka faham, dan mungkin ada sedikit pahala untuk saya hari ini.

:)

Thursday, 1 January 2015

Khas buat ayah

01 Januari

Sanah Helwah buat ayahanda tercinta

Semoga di beri usia dan waktu yang berkat, kesihatan yang mendatangkan kebaikan, rezeki yang berkat lagi melimpah ruah, keluarga yang sakinah, mawaddah, warohmah.

Amin ya Rabb..

Semoga ayah sentiasa dalam rahmat Allah SWT.

Ayah yang sentiasa mendoakan saat ku cium tangannya.
"Ayah doakan Along....."

(Maaf. doanya sulit untuk di khabarkan) 
:)

Doa yang mampu buat mata ini bergenang tiap pagi
:)

Ayah nak hadiah apa?
Belikan lah ayah jubah. Nanti boleh bawa solat.

Love you till the end of my life





Terima kasih saudara mara yang datang meraikan

He's really appreciate it.. Thank you

Freezing

Kisah sejuk:

Kami menginap di sebuah hotel.
Sejuk.
Mencari suis bagi menghentikan punca penjanaan elektrik ke penghawa dingin tersebut.
Tiada.
"Mungkin centralized", ujarku
Apatah lagi melihatkan corong pendingin hawanya.
Aku yakin. Centralized.
Cuba meyakinkan adik-adik yang lain.
Mona juga tidak berkata banyak
Sedangkan dia lebih mahir dalam perkara ini.
Budak kejuruteraan.

Bagaimana kami perlu menempuh saat malam dengan keadaan sebegitu?
Mungkinkah syahid kerana kesejukkan?
Cuaca di luar juga hujan dengan begitu lebat
Sedangkan beberapa kawasan di daerah itu dilaporkan dinaiki air petang tadi.

Buntu.

Kami tidur sebagai muslimah yang sempurna dari segi auratnya. Alhamdulillah
Ibarat bangun tidur terus siap-siap tahajjud pun tak ada masalah

Esoknya
Kami lihat ada suis di salah sebuah meja tepi
Sangat klasik
(Ala-ala zaman P. Ramlee)
rupanya suis meng-off kan pendingin hawa tersebut.

Tentu anda tahu apa yang kami fikirkan ketika itu.

Yes.. itu lah dia

Alhamdulillah dan tahniah adik-adik
kita masih hidup lagi

"Ya Allah, jadikan kami lebih baik dari semalam dan hari sebelumnya"

:)

Hujan

Titisan hujan rahmat
Pagi yang dingin
Lumrah atmosfera bumi Malaysia
Tengkujuh menjengah musimnya
pabila hujung tahun mendatang

Aku rindu mentari
rindu pada teriknya
rindu pada bahangnya
rindu melihat kawanan burung pulang tika senja melabuh

dan sebenarnya
aku rindu nak minum cendol ketika panas terik

Fitrah.
Hujan yang turun mana mungkin naik kembali pulang pada si awan

Lalu
Menghargai tiap masa dan ketika menjadikan kita BERSYUKUR

Saat hujan turun ke buni,
nikmat sejuk yang kita rasa.
Alhamdulillah, lapisan organ kulit kita masih berfingsi
menghantar signal pada otak, ~~s.e.j.u.k~~

Nikmat lapar
Mengingatkan kita saudara saudara di bumi bergolak
Tidurkah mereka? Makankah mereka?
Semoga mereka dalam lindunganMu..
Andai sudah sampai masanya untuk pergi, syahidkan mereka dalam pelukkanMu Ya Allah

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~