Wednesday, 11 February 2015

Doakan

Alhamdulillah.

Buat pengetahuan semua, Saadah akan memulakan kelas pengajian Al Quran pada hari ini. 

Alhamdulillah

beliau menyambut baik cadangan tersebut. Nyata, Saadah amat gembira dan bersemangat! ^_^

Allahu Allahu Allahu... Sesesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Lalu, nikmat Allah mana satu yang hendak didustakan?




Allahu..

Sesungguhnya Allah pemberi cahaya hidayah kepada sesiapa sahaja kepada yang dikehendakiNya.

Kami akan bersama-sama ke madrasah jam 9 malam ini. Mohon agar semua mendoakan agar perjalanan hidup Saadah dipermudahkan, dikuatkan hatinya seperti Bilal bin Rabbah dan Sumayyah. 

Baru sahaja tengah hari tadi Saadah SMS saya yang meminta agar kita semua mendoakan agar ibu bapanya dilembutkan hati untuk menerima Islam sebagai agama yang sebenar benarnya dan membenarkan beliau untuk bersolat di rumah.

Minggu lepas Saadah menceritakan bahawa beliau kini bersolat Maghrib dan Isyak di masjid berhampiran rumahnya kerana kini ayahnya melarang beliau bersolat di rumah.

Sayu dan pilu hati ini pabila mendengarkan keadaan yang berlaku.

Mohon semua agar mendoakan yang terbaik. Saya sempat berpesan agar Saadah menghadiahkan surah Al Fatihah kepada kedua ibu bapanya agar Allah meluaskan pintu hidayahNya kepada mereka.

Tanggungjawab sesama Muslim. Doakan agar saya juga kuat dan tabah menghadapi ujian yang mendatang.

Jazakumullah hu  khairan ^_^


Tuesday, 10 February 2015

Program Riadah Warisan Nusantara - Johor

Pada 07 Februari 2015 bersamaan hari Sabtu bertempat di Riyadh Equestrian, Ulu Tiram. Satu program pelancongan Negeri Johor telah memperkenalkan pakej Riadah Warisan Nusantara. Pakej ini menggabungkan tiga destinasi menarik untuk dikunjungi pelancong dari dalam mahupun luar negara.

Tiga destinasi tersebut ialah:
1. Riyadh Equestrian : Pelancong akan didedahkan dengan aktiviti sunnah iaitu memanah dan berkuda.
2. Savannah Hill : Penginapan
3. Yoyo Rakit: Memancing

Majlis perasmian tersebut telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan Negeri Datuk Tee Siew Kiong.

Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar. Para hadirin disajikan dengan persembahan silat Lok 9, Memanah dari Riyadh Equestrian dan Zawra. Simulasi memanah perang Uhud dari Zawra. Memanah dari menara tingkat 4. Fuhhh..!!

Dari Riyadh team. Cikgu Hafiz, Kak Saufi, dan Aqilah

Coach sedang bersiap sedia untuk canter..

Dari Riyadh team.. Amjad, Ashraf, Kanna, Kak Saufi, Aqilah, Ustaz Zamri, dan Cikgu Hafiz


Zawra Archery. Selalu tengok segala mala peralatan memanah dalam FB mereka, kali ni, tengok depan mata..

Simulasi memanah perang Uhud. 

Zawra Archery team


Program Riadah Warisan Nusantara, negeri Johor. Latif wakilkan gambar saja ye.. hehe

Bacalah... Rumah Kecil di Jabal Uhud

Sebuah buku berjudul "Rumah Kecil di Jabal Uhud" , oleh Roza Roslan.

Prof Roza, terima kasih atas penulisan buku ini. Bergenang tika ku baca. Setiap helaian membawa makna besar.

Setiap bait ayat membawaku keinginan untuk menjejakkan kaki ke Madinah.





Ingin ziarah makam Rasulullah SAW, keluarga, dan para sahabat. Allah hu robbi... Rindu untuk bertemu Ya Rasulullah.

Jujurnya, saya rasakan buku ini membawa hati saya jauh ke tanah haram. Allah... kalian perlu baca buku ini.

 Prof Roza juga menekankan akan kepentingan dan kehebatan solat sunat dan solat tengah malam (tahajjud dan sebagainya). Rintihlah! Mengadulah kepada yang Maha Mendengar dan Maha Mengasihani.

Kadang kala kita ingin menceritakan masalah dan kerunsingan yang kita hadapi pada keluarga mahupun sahapat rapat kita. Akan tetapi, semampu mana mereka dapat memberikan solusi, iaitu solusi yang terbaik dan menenagkan jiwa kita.

Justeru, bangkitlah saat insan lain sedang lena diulit mimpi. Mintalah pada Allah robbul izati, khabarkan keluh kesah hati ini. Mintalah jalan dan petunjuk yang Allah redha.

Prof Roza, you are the best. Moga Allah kurniakan kesihatan yang baik dan diberkati, akal fikiran yang mantop dan cemerlang, dan keluarga yang sakinah, mawaddah, warohmah buat Prof Roza sekeluarga. Teruskan menulis dan yakinlah akan ketulusan hati tika prof menulis itu telah membuka banyak pintu hati insan di luar sana untuk bersungguh sungguh mencari apa sebenarnya yang dikatakan "mengharap redha Ilahi".

Jazakumullah hukhairan.
Wassalam

Sunday, 8 February 2015

Hamba Allah beri..

Ustazah pesan,

andai kita ingin memberikan sesuatu pada orang lain,
katakan saja Hamba Allah yang beri.

















Siapa??

Hamba Allah.

Usah sebut, saya yang bagi atau si polan yang bagi.

Didik diri ikhlas  memberi.

Moga tulus niat di hati

InsyaAllah, syurga menanti. ^_^