Monday, 30 March 2015

Perkongsian Ilmiah-Kasih Sayang

Perkongsian Ilmiah bersama Cikgu Seri dan Cikgu Sham

Alhamdulillah.

Terima kasih Allah
Terima kasih ya Rasulullah
dengan rahmat dan kasih sayang Mu.

Terima  kasih Keklis yang meng-join-kan saya untuk turut serta dalam program itu.
heheee...

Ada Ekin, Keklis, dan Kak Rin. Erm... Baru lah saya kenal Kak Rin aka Rinda tu.. hehe.. Selalu nampak nama dalam whatsapp je..

Dulu kan, bila whatsapp Keklis, tanya, "Keklis esok datang RE tak?".

Nanti Keklis jawab, "Tanya Allah dulu..". Saya memang tak faham. Kenapa dia tak tanya suami dulu.. Kenapa Keklis balas tanya Allah dulu.

Dan..Sekarang saya faham.. Alhamdulillah...

Faham, sebab??

Allah yang pegang hati kita ni semua kan? Misal kata mak ayah kita tak bagi pergi majlis tu (contoh), kan Allah yang gerakkan mereka untuk tidak membenarkan kita pergi.

Fenin tak baca ayat den nih.... hehe
Ekin & Kak Rin..




Belajaq teknik pernafasan. Tanah, air, api, lagi satuuu...ermm..

Baju iolss dari Addeen Closet.. Terima kasih Qila hantarkan baju memalam buta.. 



Oleh itu, minta pada Allah, untuk mudahkan urusan, untuk lembutkan hati orang.. InsyaAllah niat kita baik kerana Allah, kerana Rasulullah, maka akan terjadi dengan izin dari-Nya.. Biiznillah..

Berkasih sayang sesama makhluk.. KASIH SAYANG..
yang utama, Kasih Sayang Allah pada kita. Setiap denyut nadi itu, izinkan ku hela nafas yang berzikir padaMu


Thursday, 5 March 2015

Kursus Pengurusan Kuda - Basic O Level

Alhamdulillah.. Tamat sudah program 3 hari O Level Horse Management di Riyadh Equestrian, Ulu Tiram..

Banyak sangat ilmu yang diperoleh antaranya:
1. Cara pasang bridle ke kuda
2. Kenalpasti bahagian saddle (pelana) dan pasangkan di kuda
3. Grooming (buat hoof pick, pasang boots dan mandikan kuda)
4. Feeding (makanan) , jenis, cara kiraan roughage dan concentrate
5. Kenalpasti bahagian badan kuda
6. Kenalpasti tanda kuda yang sakit
dannnn.... banyakkkk lagi..

Nak tahu lebih lanjut, boleh ambil kursus O Level seterusya. :)

Banyah ibrah yang saya sendiri dapat. Antaranya:

1. Maju terus kehadapan. Usah pandang belakang!
-Kesakitan yang kita hadapi hari ini, jangan bring forward. Thats it. enough. Esok, mulakan hari yang baru. Jangan dilayan sakitnya walau kesan tu masih ada..makan masa untuk pulih sepenuhnya. Jiwa, kena kuat. Allah ada. :)

2. Yakin, Fokus, dan tahu matlamat hidup kita.
- Nak pasang bridle pada muka kuda, saya perlu bina bonding dengan kuda lebiiiihhh banyak lagi. selalu dengan kuda. Dr. Adibah ajar, visualize kan yang kita dah pun pasang bridle pada muka kuda. InsyaAllah kita boleh!.

3. Sabar dan sabar dan sabar

InsyaAllah pada 7hb Mac nanti akan di adakan pertandingan memanah di Riyadh.

Maka akan ber-shoot lah kita dengan pvc-ku-sayang. Moga Allah meluaskan rezeki untuk kita ye. InsyaAllah ikhtiar untuk upgrade bow. KTB macam menarik je.. 20 meter tu macam agak jauh. InsyaAllah boleh. ^_^

Program 7hb:
7.00 pagi -1:00 tengah hari: Kursus pengurusan jenazah anjuran Team Hijrah Johor (THJ)
3:00-5:00 petang: Pertandingan Memanah di Riyadh Equestrian (RE)

Nota: Sarah, dah 2 minggu berturut-turut tak ziarah Sarah. Along rindu...200% :'(