Thursday, 11 June 2015

Bukan cikgu sekolah

Assalamu'alaikum w.b.t

Syukur. 

Sabtu lepas saya berpeluang membantu Ustaz dalam mengajar adik-adik kita ni memanah. Ini merepakan salah satu slot bagi program musim cuti sekolah di Tiram Indah Village.

Cuaca agak redup pada mulanya kemudian disusuli hujan. Namun semangat adik-anik ni untuk memanah memag superb!! MasyaAllah. 

Kita belajar cara melepaskan anak panah dengan kaedah 3 fingers dan ibu jari, juga kelebihan memanah. saya juga masih belajar. Dan saya bantu apa yang saya tahu.

Kita juga amat bertuah dapat mendengar pengalaman dan nasihat dari Ustaz, apatah lagi beliau baru sahaja pulang dari bumi Al Fateh (Turki).

Aishhh.. melihatkan suasana bumi Al Fateh dalam movie Istanbul Aku Datang pun dah cukup menggamit saya untuk ke sana. Dengan keunikan budaya, keistimewaan bumi itu sendiri, peninggalan terhebat tentera Sultan Al Fateh, ais krim acah-acah (macam dalam movie tuuu). Apatah lagi mendengar carita dari pengalaman orang. In shaa Allah one fine day kita semua ke sana, okeyy.. ;) heheee

Syabas dan tahniah adik-adik!!

Setiap peserta diberi beluang untuk shoot anak panah sebanyak 5 kali (5 batang anak panah)

Alhamdulillah. Mereka memang sangat berpotensi untuk menjadi pemanah. Kekuatan dan fokus itu penting.

Allahu Haq!

Semoga ini menjadi pendorong untuk mereka jatuh cinta dengan sukan sunnah ini. In shaa Allah.

Kipidap sayang-sayang! ;)



Bersama adik-adik comelss

Santai Petang

Bow belum di beri nama lagi..

Ada idea tak??

Sekarang ni tengah mencipta keserasian bersama bow..
Baru nak saling kenal-kenal.
Nak tahu cara penjagaan dan penggunaan macam mana.

Bow Kaya ni manja, maksudnya tak boleh terdedah terlalu lama dengan panas matahari, sebab dia dari kayu yang di laminatekan.. Saya kurang arif. Tapi saya nak belajar. ;)

Alhamdulillah..

Sebenarnya, banyak ilmu ilmu rahsia memanah.. erm.. 
Saya fikir kita semua kena cuba dan rasa.

Tulis, baca, dan lihat gambar, tak dapat feel macam mana..

Cuba-cuba kan diri untuk memanah.. tak kira lah moden atau tradisional.
Dulu masa awal-awal cuba sukan ini, saya ada tanya soalan, 
"macam mana nak bagi anak panah kena pasa sasaran"

Kerana waktu itu, anak panah biasanya akan melilau atas target butt lah, ke sana, ke sini..

"Memanah guna mata hati"

Lama sungguh saya nak mentafsirkan bagaimana..

Tapi lama-lama, kita belajar.
Belajar untuk tenteramkan emosi, belajar untuk betulkan figure badan dan cara melepaskan anak panah.

Jika kita punya 5 batang anak panah, anak panah yang pertama, mungkin tersasar. Lalu kita memperbetulkan anggaran kekuatan melepaskan anak panah, atau memperbaiki kedudukan tangan kita, ke atas sedikit atau kebawah sedikit. Adjust!

Dan In shaa Allah kita akan dapat momentum yang diperlukan. Sabar banyak-banyak!

Haaa... satu lagi. Kadang-kadang saya pun lupa. Tapi kena kata pada diri, betulkan yang biasa, biasakan yang betul.

Okey. Contoh bila kita dapat sesuatu yang baik atau memuaskan hati, orang akan puji " Eh, keputusan periksa kau bagus ehh..Wahh.. hebat ni.."

Kadang-kadang kita jawab : "Eh, tak de lah.." "Saya cuba-cuba je, tak tahu pula menjadi"

Ucapan seharusnya, ucapkan ALHAMDULILLAH, kemudian SENYUM ^__^. 

Tapi ada juga orang yang jawab macam ikhlas tak ikhlas kan.. " Alhamdulillah lah dia dapat keputusan macam tu, kalau tak mesti dia dot dot dot"

Adehaiii -_-'