Walaupun hujan yang agak lebat pada waktu tengah hari, itu tidak mematahkan semangat mereka untuk membuat latihan. Saya agak datang agak lewat, selepas hujan reda. Dihadiri kira-kira 10 orang pemanah dari Kelab Memanah Bandar Penawar dan Al Fateh sendiri.
Lama dah tak cuba shoot dengan busur saya, agak kekok sedikit. hehe
Percubaan saya agak kurang memberansangkan. Banyak yang tersasar. Cara pegang busur perlu diperkemas lagi.
In shaa Allah pada 29 Ogos ini akan berlansung pertandingan memanah peringkat Daerah Kota Tinggi. Jemput semua untuk hadir diketetapan berikut:
Tarikh: 29 Ogos 2015
Hari: Sabtu
Tempat: Padang Sek. Men. Keb Sri Saujana, Kota Tinggi, Johor.
* Digalakkan berpakaian tradisional.
Haaa... baju merah-biru macam yang kami tu dari kedai Keklis ye.. hehe..