Thursday, 24 October 2013
Hati: Berhati hatilah
Alhamdulillah!
Syukur Ya Allah.
Kau beri apa yang aku mahukan.
Ku pinta agar menjadi wanita penyejuk di mata, penawar di hati.
Ku pinta agar menjadi anak yang membahagiakan ibu bapaku.
Semalam, kulihat genangan air mata kesyukuran mereka.
dan...
Allahu akhbar!
"Sesungguhnya Engkau maha mengetahu apa yang aku tidak ketahui.."
Terima Kasih Allah. ^_^
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
Aku bermohon padaMu
agar Kau jagalah hati ini sebaiknya,
pimpinlah aku menuju ke syurga FirdausMu.
***************
Si pedamba kasihMu,
Nur Muhassanah Kasimin
Tuesday, 22 October 2013
selesa meluahkan
Bismillahirahmanirahim.
pagi yang indah.
Alhamdulillah. ^_^
semalam terima pesanan peribadi dari seorang teman lama.
atau bahasa orang putihnya "private message".
meluahkan kesulitan dan kerunsingan yang sedang beliau lalui.
lalu beliau menceritakannya kepada saya.
kata kata semangat di beri. saya juga sempat mencadangkan beberapa tips yang pernah saya baca dan juga dari pengamatan dan pengalaman sebelum ini.
mudah mudahan saya dapat membantunya walau dengan menjadi tempat meluahkan rasa.
Alhamdulillah , beliau rasa lebih baik.
beberapa minggu sebelum ini juga begitu. didatangi beberapa teman yang ingin meminta pendapat saya. pernah satu ketika ,saya perlu membantu mengenai hal hati dan perasaan walhal saya baru sahaja mengalami situasi yang serupa.
Allahuakhbar.
mohon agar kekuatan yang benar benar ampuh dariNya. kata kata semangat di beri pada teman. secara tidak langsung memberi semangat pada diri sendiri.
Subhanallah!
ibarat kita mengajar sesuatu pada orang lain, kita akan lebih memahami apa yang disampaikan. begitulah corak perjalanan saya yang Allah tentukan. Dia mahu saya tetap kuat dan kekal positif. makanya di datangkan teman teman tadi , lalu secara tidak langsung mengingatkan diri sendiri..
Wallahualam.
Si pedamba kasihMu,
Nur Muhassanah Kasimin.

Friday, 18 October 2013
Wednesday, 16 October 2013
Bicara Aidiladha
Bismillahirahmanirahim.
Assalamualaikum.
tidak terlambat rasanya untuk mengucapkan salam Aidiladha. tika umat Islam yang lain pergi menunaikan rukun islam yang ke 5 itu , aku hanya mampu menyimpan azam untuk menjejakkan kaki ke sana.
impian : nak bawa ayah dan ibu bersama. Allahuakhbar.
mudah mudahan diperkenankan Allah. ^_^
raya tahun ini disambut serba sederhana. masih ada ketupat. yang menariknya , ketupat 30 biji itu dari daun pokok kelapa depan rumah.
Subhanallah.
ayah tanam pokok tu ada kira kira 7 tahun lepas. sewaktu mula berpindah. dan kini , kami guna daunnya untuk buat ketupat.
syukur Alhamdulillah. :)
adinda kesayangan baru sahaja selesai majlis pertunangannya dua hari sebelum aidiladha.
ramai saudara mara yang hadir. maklum sajalah majlis pertama untuk keluarga kami. ayah dan ibu tak cukup tangan.
semoga ikatan yang terbina ini kekal menuju ke syurga FirdausNya.
jujurnya. aku tidak berkecil hati atau tersinggung. jodohku belum ketemu. dan aku masih memperbaiki diri meraih cinta dariNya. miga istiqamah dalam melaksanakan suruhannya dan sunnah sunnah yang di ajar Rasulullah. ^_^
# tercari cari di mana boleh join usrah di sekitar kawasan ku.
Tuesday, 1 October 2013
Menulis dan menulis
mata pena terhenti.
pandangan kosong.
sampai bila
Ya Allah.
damaikan jiwa ini
tenangkan hati ini
berikan aku ketabahan
untuk mengerti kasih dariMu.
gantikanlah kehilangan ini dengan sesuatu yang lebih baik. Yang Engkau redhai dan berkati.
Amin Ya Rabb.....

Subscribe to:
Posts (Atom)