Wednesday, 16 October 2013

Bicara Aidiladha

Bismillahirahmanirahim.

Assalamualaikum.

tidak terlambat rasanya untuk mengucapkan salam Aidiladha. tika umat Islam yang lain pergi menunaikan rukun islam yang ke 5 itu , aku hanya mampu menyimpan azam untuk menjejakkan kaki ke sana. 

impian : nak bawa ayah dan ibu bersama. Allahuakhbar.

mudah mudahan diperkenankan Allah. ^_^

raya tahun ini disambut serba sederhana. masih ada ketupat. yang menariknya , ketupat 30 biji itu dari daun pokok kelapa depan rumah.

Subhanallah.

ayah tanam pokok tu ada kira kira 7 tahun lepas. sewaktu mula berpindah. dan kini , kami guna daunnya untuk buat ketupat. 

syukur Alhamdulillah. :)

adinda kesayangan baru sahaja selesai majlis pertunangannya dua hari sebelum aidiladha.

ramai saudara mara yang hadir. maklum sajalah majlis pertama untuk keluarga kami. ayah dan ibu tak cukup tangan. 

semoga ikatan yang terbina ini kekal menuju ke syurga FirdausNya.

jujurnya. aku tidak berkecil hati atau tersinggung. jodohku belum ketemu. dan aku masih memperbaiki diri meraih cinta dariNya. miga istiqamah dalam melaksanakan suruhannya dan sunnah sunnah yang di ajar Rasulullah. ^_^

# tercari cari di mana boleh join usrah di sekitar kawasan ku. 

No comments:

Post a Comment