Monday, 31 March 2014

JB-Kuantan-Temerloh: Kerja Kawin Kak Ma

Heading to Kuantan..
Konon-konon je lah.. heee..
Bas MaraLiner dari Kota Tinggi ke Kuantan dalam 5 jam perjalanan. Waktu itu pukul 10.30malam, sampai lebih kurang pukul 2.30 pagi. Pak cik bas bawa laju.. Nak tidur pun tak lena. Asal selekoh je, celik mata ni. Bas tu selesa yang amat. seat luas. Memang puas hati. Terima aksih Syarah, sebab belikan tiket dan kita pergi sama-sama. ^_^

Kerja Kawin Kak Ma & Pak Ya
Barakallah buat kalian berdua.
Jom layan gambar-gambar ni..

Sebelum bertolak ke Kuantan. Bus stand Kota Tinggi

Breakfast. Orang puteh sangat. Thanks Pza & Sha. Thanks bawa pergi jalan-jalan.

Bandar Temerloh, Bandar Ikan Patin. Terrrbaikk :)

Yda, Kak Ma, Pza. Selfie. Ala comel comel

Syarah, Kak Ma, dan Kak Ngah. Sweet :)

Yamin & Kak Ma


Yda:: Nak jadi make up artist dah ke...

Ex roomate mereka ni.

Tekun mendengar sepatah dua kata dari pengantin

Yda:: Bakal pengantin hujung tahun ni.



















Mak pengantin

Beratur nak salam mak pengantin



Kedai makan ikan patin. Sedapnyee.. Alhamdulillah

Sungai Pahang, belakang kedai makan ni jee.. :)




Alhamdulillah, selesai majlis, kami bertolak dari Kuantan ke Larkin, pada jam 8.45 malam dan sampai pada jam 2.00 pagi..

Thanks to:
1. Pza dan Sha di atas layanan yang kalian beri. best. terima kasih bawa pergi jalan-jalan. Terlepas simpang exit Temerloh, u turn balik, hang hebat pza. 
2. Kawan-kawan DUP B, terima kasih.. Yamin, thanks belanja makan. best! :)

Sunday, 16 March 2014

ODOP

surah an nisa'. berbaki satu setengah muka surat. indahnya andai aku mampu faham , setiap bait kalamullah yang ada.

One Day One Page (ODOP) masih diteruskan , alhamdulillah. jika tak sempat di baca pada waktu subuh , aku cuba untuk membaca Al Quran pada waktu maghrib atau isyak. ada juga saatnya aku terlepas membaca Al Quran, Terasa kelainan jika tidak membacanya , apatah lagi jika mempunyai terjemahan dan guru bimbingan, kecintaan terhadap mukjizat Nabi Muhammad SAW akan lebih terserlah.

SubhanAllah
Alhamdulillah
La ilahailAllah
Allahu akhbar

Semoga Allah mempermudahkan urusan kita. Redha Allah itu matlamat kerana syurga itu sebaik tempat.

Thursday, 13 March 2014

MH370

Sebuah pesawat boeing 777-200 milik Malaysia Airlines berlepas dari lapangan terbang KLIA pada 8 Mac 2014 ke Beijing, China. Membawa penumpang seramai 227 orang termasuk bayi dan 16 orang krew kabin.

HILANG dari radar. Hari ini merupakan hari ke 7 misi mencari dan menyelamat. Namun masih tidak menjumpai sebarang petunjuk atau tanda-tanda sama adqa kapal terbang tersebut selamat mendarat, atau sebaliknya. Usaha diteruskan dengan bantuan lebih 20 buah negara luar. Aset keselamatan yang canggih turut di gunakan.

Sungguh saya tidak kenal sesiapa yang terlibat dalam incident ini, namun rasa sayu dah sedih turut dirasai. Usai pulang dari kerja, "Ibu, ada perkembangan apa-apa tak pasal MH370?"

Kecanggihan teknologi sudah tentu tidak dapat menandingi kuasa pencipta sekalian alam, ALLAH SWT. "Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kita tidak ketahui". Dan kemudian pula, wujud kehadiran tok momoh, yang kononnya tahu di mana hilangnya kapal terbang tersebut. Jika lihat dalam gambar, siap dengan teropong dan tikar ala ala dalam cerita Melayu klasik Tan Sri P.Ramlee iaitu Do Re Mi. Allahu akhbar.. Jaga aqidah kita adik kakak abang sekalian. Jangan syirikkan Allah.

Kekuatan Muslim itu adalah pada doanya. Maka, berdoalah setulus hati. Allah itu Maha Mendengar.

Di balik awan nan indah
ada sesuatu yang semua kisah
MH370 ke mana arah?
Pangkuan keluarga engkau pulanglah



pecah kaca pecah gelas

Allahumma yassir wala tu'asir

di saat ku rasakan terlalu berat amanah di bahu.
letih. kurang fokus. kelam kabut.

terpukul dengan kata yang pernah diucapkan Ammar kepada ayahandanya ,
" di dunia saat kita berpenat lelah , nanti kan tiba waktunya untuk kita berehat"

tugas hakiki di tempat kerja , ditambah dengan matlamat membantu muslimah untuk kekal menutup aurah , Ya Allah kuatkanlah hati ini!

sampai satu saat , rasa terduduk. bawa gelas sampai jatuh pecah. Allahu rabbi..

masa itu penuh, kesibukan yang terlapau membuatkan otak sedikit lesu.

masa perlu di bahagikan sebaiknya. cuba untuk kekal OPOD.... lg lebih lagi bagus. :)))

cik akak kelas usrah , lekaslah hubungi saya. jiwa ini perlu diisi cinta Allah cinta Rasul dan kemanisan iman itu sendiri.

subhanallah. alhamdulillah. Allahu akhbar!

Wednesday, 5 March 2014

Bismillahirahmanirahim

Ya Allah.
Permudahkanlah urusanku.
Agar aku semakin dekat denganMu

Dua tiga hari ini encik pos selalu datang rumah.
Peminat hantar kad ucapan raya. ehhhhhh
melalut pula.

Niat hati nak mula berniaga kecil kecil.
Ikut bajet.
Niat saya nak bantu sesama muslimah untuk mudah mendapatkan barangan berikut:
1. Hand socks yang selesa, mampu milik, mudah didapati
2. Stokin yang pelbagai warna, yang mula nak berhijrah tu boleh cuba. mudah mudahan istiqamah lepas ni.. :))
3. Inner tudung yang menutupi. (yang ni masih mencari cari lagi pemborong yang memenuhi kretiria yang saya mahukan) masih mencari dan cari dan cari. So, muslimah yang nak pakai wide shawl/ bawal yang agak jarang, tak de lah nampak anak tudung dan leher, selain mengikut syariat. :))

Saya tak jual mahal. sebab nak muslimah sama-sama memiliki dan berpakaian menutup aurah.
Blouse, fish tail, kain kembang, tudung bidang besar, mudah nak dapat kan. yang kecil kecil macam ni perlu di promosikan lagi rasanya.

So, muslimah, nantikan kedatangan kami ya... keep calm and have sabar :))

Check list apa yang nak kena sediakan pun belum betul betul proper lagi. Kerja hakiki kat ofis ni masih banyak yang perlu di settle kan.

Moga Allah mempermudahkan segalanya. Allahumma yassir wala tu'asir :)

Doakan saya ye kawan kawan.

p/s : semalam baru beli colourful hand socks dari hanahandsocks (ig).. hari ni matchingkan dengan baju, ala ala kelabu gitu..
Rehat time~~