Thursday, 13 March 2014

MH370

Sebuah pesawat boeing 777-200 milik Malaysia Airlines berlepas dari lapangan terbang KLIA pada 8 Mac 2014 ke Beijing, China. Membawa penumpang seramai 227 orang termasuk bayi dan 16 orang krew kabin.

HILANG dari radar. Hari ini merupakan hari ke 7 misi mencari dan menyelamat. Namun masih tidak menjumpai sebarang petunjuk atau tanda-tanda sama adqa kapal terbang tersebut selamat mendarat, atau sebaliknya. Usaha diteruskan dengan bantuan lebih 20 buah negara luar. Aset keselamatan yang canggih turut di gunakan.

Sungguh saya tidak kenal sesiapa yang terlibat dalam incident ini, namun rasa sayu dah sedih turut dirasai. Usai pulang dari kerja, "Ibu, ada perkembangan apa-apa tak pasal MH370?"

Kecanggihan teknologi sudah tentu tidak dapat menandingi kuasa pencipta sekalian alam, ALLAH SWT. "Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kita tidak ketahui". Dan kemudian pula, wujud kehadiran tok momoh, yang kononnya tahu di mana hilangnya kapal terbang tersebut. Jika lihat dalam gambar, siap dengan teropong dan tikar ala ala dalam cerita Melayu klasik Tan Sri P.Ramlee iaitu Do Re Mi. Allahu akhbar.. Jaga aqidah kita adik kakak abang sekalian. Jangan syirikkan Allah.

Kekuatan Muslim itu adalah pada doanya. Maka, berdoalah setulus hati. Allah itu Maha Mendengar.

Di balik awan nan indah
ada sesuatu yang semua kisah
MH370 ke mana arah?
Pangkuan keluarga engkau pulanglah



No comments:

Post a Comment