Sunday, 27 April 2014

Terbang jauh jauh.

Gulp.
tak pernah sangka. sungguh.

dan... pada aku, yang silam biarkan terus jadi memori dan jangan ungkit kembali. simpan dalam peti, campak jauh ke ruangan gelap tanpa cahaya. tinggalkan.

Untuk diri, berubahlah kepada yang Allah redha.

Kita hari ini belum menjamin siapa kita esok.

hai la sayang, bila nak buat istikharah lagi? jangan lambat lambat. jaga hati, niat perbetulkan. buat semua kerana Allah. teguhkan iman! ~~~~
:(

lahaulawala quwwataillah billahil 'ali il 'azim..

Thursday, 10 April 2014

Keep calm

Sungguh emosi dipalit resah, dan dahi mula berkerut. Persoalan kenapa dan kenapa mula mencari ruang konklusi. Aku sesak dalam lamunan sendiri.

AnaDayana13 - 10.04.2014 - 07:12PM


Wednesday, 9 April 2014

Sederhana itu indah

Tinta tanpa dakwat kembali
kali ini berkenaan musim bunga ala sakura.

Oh bukan.
Pasal duit hantaran yang saudara aku sebut sebutkan malam tadi.

a day before, ibu ada terbaca pasal duit hantaran yang ikut level belajar, SPM ke, Diploma ke, Degree ke, Master ke.. kannn..

Pada pendapat aku, awat hang nak letak duit hantaran tinggi tinggi kat anak hang. Buat semampu yang boleh la, tidak menyusahkan pihak satu lagi. Nak buat grand grand, sikit punya susah nak cari duit buat hantaran. dah lepas majlis, nak hidup juga. Mana nak sewa rumah, dan lain-lain lagi.

Yang penting, majlis tu berkat, ye lah, bak kata ustaz Kazim dalam rancangan fofular beliau, Kalau Dah Jodoh, nak buat majlis yang minta keberkatan Allah, dari awal persiapan majlis hingga akhirnya, jangan pula ada sumber sumber yang haram dan lagha. 

Haaa.. cik akak cik abang, ni kita kerja ni pun buat betul betul. jujur dan ikhlas. Tak rugi tau. ^_^

Simple is beautiful.
Sederhana itu indah
:)

Akhir kalam, ukur baju di badan sendiri cik akak. Haaa, ni ingatan untuk diri sendiri juga. heee

p/s: Study cara buat sireh junjung. bulan lima nak sampai dah. mana nak cari sponge yang boleh serap air? looking for florist.. ohhhh..

Wallahualam.

Monday, 7 April 2014

Checklist harian. ** Extremely Important :))

Meter iman turun naik. Allahu.. Sayang, meh tengok checklist, ni buat untuk diri sendiri, kalau berjaya, Alhamdulillah, jika tidak, esok try lagi buat sampai kita rasa MANISnya iman.

Jom!

Iman adalah mutiara
Di dalam hari manusia
Yang menyakini Allah
Maha Esa Maha Kuasa

Tanpamu iman bagaimanalah
Merasa diri hamba padaNya
Tanpamu iman bagimanalah
Menjadi hamba Allah yang bertaqwa
Iman tak dapat diwarisi
Dari seorang ayah yang bertaqwa
Ia tak dapat dijual beli
Ia tiada di tepian pantai
Walau apapun caranya jua
Engkau mendaki gunung yang tinggi
Engkau merentas lautan api
Namun tak dapat jua dimiliki
Jika tidak kembali pada Allah
Iman adalah mutiara
Di dalam hari manusia
Yang menyakini Allah
Maha Esa Maha Kuasa

Lagu: Iman Mutiara (Raihan)

Sunday, 6 April 2014

Hujung minggu berkebun

Hujung minggu lalu, bersihkan laman, toling ayah susun atur pokok-pokok bunga. Ya Allah, cepatnya masa berlalu, pokok pun membesar dengan tanpa aku sedar. Dah lamaaaa tak menjenguk laman hadapan. 

Pokok buah kedondong.
Pokok ni yang ayah tanam nak berbuah untuk kali ke dua. Alhamdulillah.. Kali ini, ada tiga dahan yang berbunga, mungkin akan ada tiga kelompok buah kedondong nanti. :))

Pokok bunga kenanga.
Wangiii.. pokok ni ayah masih tanam dalam pasu. pokok buah-buahan je yang tanam di tanah. buat masa ni, bunga kenanga masih ada sekuntum bunga, layu lalu mati, dan kembang lagi sekuntum. Mungkin belum cukup matang untuk aku feeling feeling bau bunga kenanga dalam jarak 2 / 3 meter... hehe.

Pokok kari.
Pokok ni banyak sejarah.. cewahh.. hehe. asalnya dalam pasu, tapi diserang kulat, dan akhirnya ayah pindahkan ke tanah. Sekarang, alhamdulillah, lebat dan menjadi. Orang cakap daun kari ibu tu bagus, sebab bau dia kuat. Kira, masuk sedikit dah wangi.

Daun Sireh.
Ada yang kata daun sireh yang ayah tanam tu sireh Melayu (boleh dibuat sireh junjung), ada yang kata sireh india, sireh cina. Entah, aku sendiri kurang faham. Tapi masa majlis pertunangan angah, kami guna sireh tu untuk buat sireh junjung. Asal tak cukup daun, petik je kat depan rumah. Bersyukurnya duduk kampung.

Daun pandan, serai, tebu tak tengok lagi pokoknya. Bila tengok upih pokok pinang yang dah kering, teringat pada dodol. Ramadhan lagi 80 hari lebih sahaja.. Are you ready!

Semalam juga ayah dah susun semua pokok pasu yang ada di taman ke hadapan rumah. Jelas sekali pokok ni dah lama tak kena trim.




Spider kecil


Apa ini?

Daun rumput


Daun sireh



Jelas, pondok sudah agak berusia,