Sunday, 6 April 2014

Hujung minggu berkebun

Hujung minggu lalu, bersihkan laman, toling ayah susun atur pokok-pokok bunga. Ya Allah, cepatnya masa berlalu, pokok pun membesar dengan tanpa aku sedar. Dah lamaaaa tak menjenguk laman hadapan. 

Pokok buah kedondong.
Pokok ni yang ayah tanam nak berbuah untuk kali ke dua. Alhamdulillah.. Kali ini, ada tiga dahan yang berbunga, mungkin akan ada tiga kelompok buah kedondong nanti. :))

Pokok bunga kenanga.
Wangiii.. pokok ni ayah masih tanam dalam pasu. pokok buah-buahan je yang tanam di tanah. buat masa ni, bunga kenanga masih ada sekuntum bunga, layu lalu mati, dan kembang lagi sekuntum. Mungkin belum cukup matang untuk aku feeling feeling bau bunga kenanga dalam jarak 2 / 3 meter... hehe.

Pokok kari.
Pokok ni banyak sejarah.. cewahh.. hehe. asalnya dalam pasu, tapi diserang kulat, dan akhirnya ayah pindahkan ke tanah. Sekarang, alhamdulillah, lebat dan menjadi. Orang cakap daun kari ibu tu bagus, sebab bau dia kuat. Kira, masuk sedikit dah wangi.

Daun Sireh.
Ada yang kata daun sireh yang ayah tanam tu sireh Melayu (boleh dibuat sireh junjung), ada yang kata sireh india, sireh cina. Entah, aku sendiri kurang faham. Tapi masa majlis pertunangan angah, kami guna sireh tu untuk buat sireh junjung. Asal tak cukup daun, petik je kat depan rumah. Bersyukurnya duduk kampung.

Daun pandan, serai, tebu tak tengok lagi pokoknya. Bila tengok upih pokok pinang yang dah kering, teringat pada dodol. Ramadhan lagi 80 hari lebih sahaja.. Are you ready!

Semalam juga ayah dah susun semua pokok pasu yang ada di taman ke hadapan rumah. Jelas sekali pokok ni dah lama tak kena trim.




Spider kecil


Apa ini?

Daun rumput


Daun sireh



Jelas, pondok sudah agak berusia,





No comments:

Post a Comment