Monday, 13 October 2014

BarakAllah Nur Munirah Binti Kasimin & Azrul Bin Abdullah

Alhamdulillah..

Angah dan Azrul dah selamat dinikahkan di rumah kami pada 11.10.2014

Terima kasih pada yang sama sama menjayakan majlis berkenaan. Sumbangan dalam bentuk tenaga dan lain lain amat kami hargai. terharu di buatnya bila dadih satu box besar sampai, pelbagai jenis kek pun sampai, tapai pulut, kuih muih, dan pelbagai lagi dari sumbangan saudara mara dan jiran tetangga.

Kita dah jadi akaq ipaq cek oiiii... naik pangkat. hihihi :D

InsyaAllah nanti ada masa saya update gambaq mereka yee.. ^_^

Ingat kan saya nanti untuk update pasal perkara ni:
1. Gambaq masa nikah
2. list lagu-lagu yang best

Ada jugak yang tanya , ni Along bila lagik.. hehe.. serious saya tak stress dengan soalan ni. saya jawab, "InsyaAllah, nanti dah ada, kita bagi tahu", jawab sambil senyum. hehe

Andai menemui Pencipta sebelum sempat bernikah pun tak apa, redha. Rasullullah tunggu kita di pintu syurga kelak.

Yang penting, tingkatkan iman, persiapkan diri, perbetulkan bacaan Al Quran, amanah dengan diri sendiri, jaga ibu ayah...

 oh yaaa... ni ceq nak habaq dengan CloudNine Closet. Kita pi bukak booth.. hehe.. first time.
tapi saya tak jaga kat booth tu. ye lah, mana sibuk nak uruskan majlis angah lagi. memang tak dan. Terima kasih Zue, sebab uruskan semua. Ni pun join venture dengan Zue yang jual pretzel & Effa yang jual baju dress dan skirts yang cecantik.. Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar.

Terima Kasih Allah atas segalanya.. :)

Thursday, 2 October 2014

Terima Kasih

Kuat kerana Allah.
Kuat kerana ibu ayah
Kuat kerana diri..




Terima kasih semua atas doanya. Doa dari yang saya tahu, dan yang lafazkan, yang tulis. dan dari doa yang bisik dalam hati, untuk kekuatan saya. Jazakumullahu khairan!.

Semoga Allah sentiasa merahmati kalian.

Ni yang buat rasa terharu nak menangis ni.
sobss sobsss T.T

Wednesday, 1 October 2014

Oktober ohh Oktober

Bismillah..

Raja Haji nak dekat dah. Lagi dua hari.
Persiapan ala kadar je. Sebab nak tunggukan majlis nikah angah minggu depannya.

Selagi majlis tak selesai, selagi tu la macam-macam dok dikiaq kat kepala ceq ni.. eh eh.. macam ceq pulak nak nikoh. opsss.. hehe

Setakat ni Alhamdulillah, semua masih berjalan mengikut perancangan. Makan & khemah ayah dah uruskan. Goodies ibu dah uruskan. Tinggal tunggu doorgift je. Haaa, ceq la nak kena pi ambik hari Selasa depan. Nasib la tempat kerja ni dekat dengan Kadlawo tu. Dulu-dulu masa pergi pameran perkahwinan di Angsana, saya masuk la satu booth ni. aihh.. lawo lawo kadnya, semua lah lawo senang cerita. Konsep simple modern and elegant. hehe. Apa kedai tu.. ohhh Kadlawo.com rupanya. Mula la berangan esok saya kahwin nak tempah kad kat situ. tak sempattt... angah nikah kita nak doorgift kat situ. Puas hati kan. Bagi yang kita suka pada orang lain. Best tau feeling ni. Ce try ce try.. hihi

Kedai tu un dekat depan. Nak jalan kaki, boleh je, tapi larat ke nak angkat doorgoft tu semua.

Orang dok ralit tanya "dah siap ke nak majlis ni?" erm... entah la ye. tak tahu rasanya nak prepare apa. Semua orang dalam rumah tu macam sempoi rilex chill je. huhu..
Masa angah bertunang lagi kalut rasanya.

Mudah-mudahan semuanya berjalan dengan lancar. InsyaAllah. Aikk.. tak lama lagi ceq nak dapat adik ipaq. hihi

"Along. Kau tolong buat sireh junjung lagi eh" - angah


Sampai jumpa!
Wassalam.