Monday, 13 October 2014

BarakAllah Nur Munirah Binti Kasimin & Azrul Bin Abdullah

Alhamdulillah..

Angah dan Azrul dah selamat dinikahkan di rumah kami pada 11.10.2014

Terima kasih pada yang sama sama menjayakan majlis berkenaan. Sumbangan dalam bentuk tenaga dan lain lain amat kami hargai. terharu di buatnya bila dadih satu box besar sampai, pelbagai jenis kek pun sampai, tapai pulut, kuih muih, dan pelbagai lagi dari sumbangan saudara mara dan jiran tetangga.

Kita dah jadi akaq ipaq cek oiiii... naik pangkat. hihihi :D

InsyaAllah nanti ada masa saya update gambaq mereka yee.. ^_^

Ingat kan saya nanti untuk update pasal perkara ni:
1. Gambaq masa nikah
2. list lagu-lagu yang best

Ada jugak yang tanya , ni Along bila lagik.. hehe.. serious saya tak stress dengan soalan ni. saya jawab, "InsyaAllah, nanti dah ada, kita bagi tahu", jawab sambil senyum. hehe

Andai menemui Pencipta sebelum sempat bernikah pun tak apa, redha. Rasullullah tunggu kita di pintu syurga kelak.

Yang penting, tingkatkan iman, persiapkan diri, perbetulkan bacaan Al Quran, amanah dengan diri sendiri, jaga ibu ayah...

 oh yaaa... ni ceq nak habaq dengan CloudNine Closet. Kita pi bukak booth.. hehe.. first time.
tapi saya tak jaga kat booth tu. ye lah, mana sibuk nak uruskan majlis angah lagi. memang tak dan. Terima kasih Zue, sebab uruskan semua. Ni pun join venture dengan Zue yang jual pretzel & Effa yang jual baju dress dan skirts yang cecantik.. Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar.

Terima Kasih Allah atas segalanya.. :)

No comments:

Post a Comment