Nikmat tu Allah yang beri.. Betul ke betul? hehe
Urusan ke LAW dipermudahkan.
Terima kasih Allah
Terima kasih Rasulullah
Bermula dari meminta izin ayah sehinggalah pulang dari LAW.
Alhamdulillah... segalanya dipermudahkan Allah.
Seronoknya... sepanyang perjalanan ke sana, kami bertolak pada jam kurang lebih 1 pagi dari RE.
Dalam jam 7 pagi kami sampai di kawasan Seri Menanti, Negeri Sembilan. Kali terakhir ke sana, masa menghadiri majlis perkahwinan kawan ibu.. dah lama sangat. Tapi yang masih kekal dalam ingatan, senibina Istana Seri Menanti itu sendiri. Di tambah pula dengan rekabentuk unik rumah tradisional yang berada di sekitar kawasan tersebut.
Perjalanan ke Ladang Alam Warisan nyata memberi kami seribu satu kengan yang cukup indah. Dengan suasana sejuk berkabus pada waktu pagi, berlatarbelakangkan gunung ganang. Allahu Rabbi. Ini memang kesukaan saya. Suka sangat dengan suasana tu. SubhanAllah Alhamdulillah Allahu akbar!
Sebelum tu pernah juga cakap dengan ayah, dah lama kita tak masuk hutan, rindu bunyi cengkerik, rindu bau daun, rindu bau tanah berembun..
Fresh! Embun. Kami disajikan dengan pemandangan sawah bendang.. Allah.. Memang best.
Bila sampai di LAW sebenarnya ada program HIKMAH anjuran GPMS. Pada waktu kami sampai, yang anak-anak kecil, Mamat, Hayder, Juhan, dan Hadi berlari kejar anak kambing. Saya pun baru pertama kali tengok depan mata macam mana rupa anak kambing. hehe
Sarapan pagi ketika itu mee goreng dan air teh O. Memang terbaik. Alhamdulillah. Terima kasih Allah. Air teh O tu rasa lain, saya bisik pada Dija. Nak tahu kenapa? Rasa air yang dimasak menggunakan kayu api. Allah. Nikmat sungguh. Justeru, mana satu nikmat Allah yang hendak didustakan. Macam-macam Dia beri kat kita... ^_^
Bila waktu hampir tengah hari, kami berbusana. Saya juga pertama kali memakai busana silat. pstt.. nanti kita tengok eh gambar macam mana.. Hehe..
Kami memanah di jarak 145 meter. Juga pertama kali saya memanah sejauh itu. Juga pertama kami saya menggunakan FF. Juga pertama kali saya string bow. tapi terbaik lah pula.. hehe..
Untuk ke lapangan memanah, kami perlu menyeberangi satu anak sungai/ laluan air. Sejuk.!!
Coach Syahir juga menunjukkan skill horseback archery bersama kuda yang bernama Awan. Awan, terima kasih sangat! Ada Merong, Puteri, Thunderstorm, dan lain-lain.
Jika sebelum ini saya mendengan lagu dari Dendang Anak dari Youtube dan Video, kali ini dari LAW, tempat itu sendiri. Aura dia terasa. Memang best!
Selepas selesai solat isyak dan solat gerhana, kami bertolak pulang ke Johor dan sampai di RE sekitar jam 4 pagi. Terima kasih Ustaz Zaki kerana memandu dalam apa jua keadaan. Keh3.
InsyaAllah, ada umur panjang, kita ke LAW lagi, kali ini dengan keluarga besar RE. InsyaALLAH!!
^____^
Mencuba bow Saluki... |
No comments:
Post a Comment