Banjir di Kelantan ketika ini |
Berita dari akhbar, mahupun televisyen.
Banjir di Kelantan luar biasa. tidak seperti tahun-tahun sebelumnya.
Dari group whatsapp sahaja saya menerima beberapa video dan rakaman suara dari mangsa banjui ini.
Saya kira kawasan Kuala Krai khususnya mengalami kenaikan air yang begitu tinggi.
Allah hu.
La tahzan. Rabbuna ma'ana..
Jangan bersedih, Allah ada bersama kita.
*****************
Kejadian pada tahun 2007 di mana negeri Johor ketika itu mengalami bah yang dahsyat. Kota Tinggi terputus hubungan. Kota Tinggi bukan tinggi lagi. Ditenggelami air...
.Saya ketika dan dua lagi rakan, Ekin dan Farah berada di SMKA Bandar Penawar bagi menghadiri kursus Matematik sempena SPM yang bakal berlangsung.
Setelah tamat program 3 hari 2 malam, kami dikejutkan dengan pengumuman bahawa jambatan yang menghubungkan dari Johor Bahru ke kawasan Kota Tinggi runtuh.
Pihak pengurusan turut mengumumkan bahawa peserta boleh bermalam di sekolah berkenaan untuk tempoh 1 hari lagi, Iaitu peserta yang tidak dapat dijemput oleh penjaga masing-masing.
Kami bertiga ke rumah emak saudara Ekin yang berada di Sungai Mas. Mujur ayah saudaranya menjemput kami. Jika tidak, kami masih perlu bermalam di asrama sekolah.
Dua hari berlalu, saya mendapat panggilan dari ayah. Beliau akan datang menjemput kami. Ayah akan datang bersama Pak Cik Khairuddin, ayah Ekin.
Rindu pada ibu ayah, juga adik-adik. Semasa dalam perjalanan, saya dapat melihat, jambatan tersebut masih dalam kerja-kerja pembaikkan. Hanya satu lorong yang dibuka untuk orang ramai.
Alhamdulillah, kami selamat sampai ke rumah masing-masing.
Sejuknya suasana ketika itu masih terasa. Sehinggakan boleh mendengar ketap-ketap gigi, menggigil kesejukkan.
Menara jam.. |
Favorite place. Selalu makan Marrybrown dengan ibu dan adik adik kat sini |
# Ayat buat karangan sungguh. Cikgu, boleh dapat markah banyak tak?? hehee
No comments:
Post a Comment