Monday, 29 December 2014

Sukaneka Hari Keluarga

Alhamdulillah

Acara yang julung kali di adakan oleh anak cucu embah Karsih.

ayah cakap, 10 tahun sekali... mak aihhh... lama sungguh tu yah..

Alhamdulillah...Sukaneka yang dirancang sejak 2 minggu lalu berjaya di jalankan. Cuaca pun cerah berbanding hari-hari sebelum itu. Tahniah dan terima kasih buat semua yang terlibat secara lansung mahupun tidak lansung dalam program ini.

Tarikh 28/12/2014 dipilih, bersamaan hari Ahad. Lokasi, padang sebelah rumah ceq la.. Jadinya, secara tidak lansung, kita jadi tuan rumah. hehe

sebanyak 23 permainan yang telah dirangka. ini semua hasil dari dua kali mesyuarat terkejut dan penuh drama suspen. hiksss..

Pembahagian tugasan:
Keluarga Cik Man: Sukan dan Permainan (Siapkan barang-barang dan alatan)
Keluarga Cik Jah dan Cik Ron: Persiapan padang
Keluarga kami: Hadiah dan cenderahati

7 buah keluarga dapat dikumpulkan, kira anak cucu cicit embah, semua ada...

Kami (Saya dan Mona) diberi peranan untuk senam aerobik. Terima kasih Mona, sebab gigih meng-google-kan step senam aerobik dalam youtube. Step paling simple. Malam sebelum acara berlansung, gasak la kami berlatih, download lagu bagai-bagai...Alhamdulillah laptop tak buat masalah sungguhpun virus bakteria dan kuman dalam laptop tu tahap gunung Everest. Allah mudahkan urusan kami, syukur !

Hari yang ditunggu-tunggu dah pun tiba. Sejak jam 7.30 siren dan healer milik Atikah anak Cik Man dah lalu depan rumah setiap penghuni Lot 611.
"Bangun!! Bangun!!"

Peserta keseluruhan berjumlah lebih kurang 40 orang. Di bahagikan dalam 4 pasukan iaitu Hijau, Merah, Kuning, dan Biru.

Semua sporting... tapi, biasalah dalam game macam ni.. mana ada rumah pasukan yang main dengan sejujur-jujurnya... mesti ada tipu tipu sana sini. heee

Pasukan hijau selalu tak puas hati bila pasukan lain menang, ye lah... sebab pasukan hijau punya line betul betul depan pengadil... berani nak main tipu??? kihkihkih~~~

((Tapi sebenaqqqnya, walau pengadil tak nampak kita main tipu, tapi Allah nampak, kann..))

Berkat main dengan jujur amanah ikhlas mesra cepat betul dan lain-lain, akhirnya Hijau menjadi johan keseluruhan, dengan 2 mata memisahkan naib johan, pasukan merah..

Kami pasukan merah sesungguhnya Tak jeles pun..tak iri hati pun.. hehe... baik kan hati nurani kami. memang sengaja merah bagi hijau menang masa game last, tarik tali. Cik Man pesan, game tarik tali ni jadi game penentu juara sebab masa tu mata kumpulan merah 55, pasukan hijau 56. siapa menang game ni dapat tambah 3 mata. jadiiiii..... mula buat kira-kira..

Johan: Hijau
Naib Johan: Merah
Ketiga: Kuning
Keempat: Biru

Penuh meriah, penuh keriangan, pak cik makcik yang sebelum ni kita jarang nampak dia kelakar, masing-masing all out, dan saya amat yaqin yang niat utama acara ini dijalankan kerana kita nak rapatkan ukhwah sesama kita, tercapai.

Listing perkara menarik sepanjang Sukaneka Hari keluarga kali-1:
1. Orang terpenting, Embah ada di kerusi penonton dari awal sehingga tamat acara
2. Shida cuti semata-mata nak join sukaneka ni.. Kita tak kerja gomen, memang cuti Ahad. heheee
3. Peserta paling sempoi dan bersemangat ialah Cik Wati.
4. Acara terompah gergasi terpaksa dibatalkan berikutan majoriti pasukan yang sarung terompahnya putus di tengah jalan.
5. Acara yang paling lama masa di ambil ialah puzzle.

Sekian
Sampai jumpa!
Wassalam.. ;)

No comments:

Post a Comment