Assalamualaikum..
salam selaut kasih buat semua. kehadiran blog ini adalah sebagai travelog kehidupan untuk diri ini. kerana sesungguhnya apa yang kita lalui itu adalah atas susunan petaNya.
bak kata orang „ yang pahit jangan cepat di buang. yang manis jangan cepat di telan.. setiap inci ujian yang diturunkan kepada kita adalah kerana Allah tahu kekuatan hamba - hambanya dalam mengadapi situasi tersebut. kerana Allah itu yang maha mengetahui. sedangkan DIA tahu setiap helai daun yang gugur ke bumi. apatah lagi bisikan yang menerjah hati kita.
padaku ujian kali ini amat menguji kasih sayangku kepadaNYA. sejauh mana aku mencintaiNYA lebih dari cinta manusia. pernah ku kejar cinta manusia. tapi aku juga yang menangis kecewa akhirnya. namun Allah tak pernah pergi meninggalkanku.
Hati ini luka
Hati ini sedih
Hati ini kecewa.
ingatkan dalam diri bahawa, jika Allah ambil dia dari hidupku bermakna dia bukan di lahirkan untukku... sebagai manusia yang kerdil dan banyk khilafnya, kita takkan mampu melawan fitrah setiap kejadian. apa yng berlaku itu bukan satu kebetulan. kita juga tak mampu untuk menahan siang dari datangnya malam , tak mampu menaikkan kembali air hujan yang turun ke bumi , juga tidak mampu membawa haluan air sungai kembali ke hulu.... oleh yang demikian , mengapa perlu mengenang kembali insan yang menolak kehadiran diri ini. sungguhpun hati dirobek kesedihan , tidur bertemankan duka , aku petlu ikhlas menerima segala. kerana janji Allah , setiap yang lahir ke dunia sudah ditentukan jodoh , rezeki dan ajalnya...
Telah ku sampaikan hasrat hati kepada ibu tercinta , aku tidak menolak andai di jodohkan dengan pilihannya. kerana aku yakin , pilihan kedua ibu bapa adalah yang terbaik. Mohon doa semua agar bakal zauj ku itu dapat membimbingku menuju ke syurga firdausi , dapat memberikan kebaikan kepadaku , agamaku , dan kehidupanku selepas ini. dan mudah mudahan Allah memberkati ku..