Alhamdulillah.... syukur hari ini telah berakhir dengan amat baik. cuma ada satu yang buat hati ini terkilan sangat sangat. hmm. moga masih ada ruang untuk memperbaiki kesilapan.
hati ini sayu melihatkan kesedihan yang di alami oleh orang lain. sesungguhnya besar ujian buat mereka. Allah itu Maha Mengetahui.. DIA beri ujian sesuai dengan kekuatan hamba hambanya. benarlah kata orang , jika dilihat kedalam mata setiap orang yang kita jumpa , ada sahaja ujian yang sedang mereka lalui. cuma kita sahaja yang tidak mengetahuinya. moga mereka tabah dan sabar menghadapi apa jua bentuk ujian yang diterima. bukankah ujian yang didatangkan itu menunjukkan betapa kasihnya Allah pada kita ? Allah mahu kita bergantung harap padaNYA. bukan pada makhluk yang lain. bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora..
yang dulu usah dirindu
hilangkanlah dari hati mu
doaku buatMU kekasih..
si pendamba kasihmu,
Nur Muhassanah Kasimin
No comments:
Post a Comment