Sunday, 25 August 2013

11:11pm

teringat ingat.
bikin hati pilu.
resah tanpa punca.
mengapa di usik lembutnya emosi?

ingatan pada diri ini.

perlu ku simpan segala kenangan dan bayangan beliau di dalam kotak yang kedap udara , yang tidak ditembus cahaya , diikat ketat ketat.
kerana pabila menjengah ingin mencaru punca dan sebagainya , kita takkan mampu untuk terus melupakannya.
usah dirobek kembali hati yang sedang dirawat. usah terlalu di usik emosi.

"Ya Allah , aku mohon padaMU agar KAU gantikanlah rasa kebergantungan pada sesama manusia kepada rasa kebergantungan kepadaMU. KAU renjiskanlah air keimanan kepada ku agar aku sentiasa berjalan di landasan yang KAU redhai dan yang KAU berkati..Aminn "

syaitan sengaja mengusik kita. membuatkan kita sedih. membuatkan kita sentiasa bergantung harap pada cinta manusia.


oleh itu , gantunglah keazaman bahawa setiap yang terjadi ini bukan satu kebetulan. ia telah direncanakan sewaktu kita di alam roh lagi..

kenangan lama dibuang jauh. tidak cerdik orang itu jika terus mengenang kisah lampau apatah lagi ia amat menyedihkan untuk di ungkit kembali.

# 11:11pm. terpandang jam. mitos tetiba menerjah minda. siapa la yang rindu kat aku ni..

si pendamba kasihMU ,
Nur Muhassanah Kasimin

No comments:

Post a Comment