hari ini ada sesuatu yang menarik untuk di ceritakan. walaupun kesibukan dengan lambakan kertas kerja yang tak pernah berpenghujung...
hari ini aku di beri peluang dan kepercayaan memandu kenderaan syarikat untuk ke pusat servis. aku memandu di tengah kotaraya?? sememangnya aku lebih banyak takut dari berani. memomokkan diri sendiri dengan takut banyaknya kenderaan di jalan raya.
ini pengalaman pertamaku memandu di tengah kota. kata orang, kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. kalau tidak dimulai dengan langkah pertama , masakan ada langkah kedua dan seterusnya.
Alhamdulillah. ku panjatkan syukur padamu Ya Allah..
Esok masih di alam ghaib. tidak tahu masih bernafas di bumi yang fana ini atau pun masihkah berpeluang menatap wajah ayah dan ibu , masihkah dapat berbakti pada mereka.
harapanku,
apa jua perkara yang mendatang esok hari,
moga hati dan jiwa ini tabah dan ikhlas menerimanya..
moga segala usaha dan doa di terimaNYA.
Amin Ya Rabb....
No comments:
Post a Comment