Aku di datangi seorang jemaah yang mungkin juga salah seorang pekerja di bangunan yang sama.
"adik, selalu beg telekung tinggalkan kat sejadah macam tu je ke ?"
" ye kak, kenapa?" soalku.
"hari tu ada jemaah yang beg dia kena curi kat dalam surau ni, jadi adik hati hati ye. kadang kadang kita ingat dalam surau ni tempat yang selamat kan". pesan kakak tadi.
"terima kasih kak, sebab pesan kat saya" balasku.
benar.
ada yang mengambil kesempatan sungguh pun di rumah Allah.
aku terfikir. adakah perlu menjinjing beg telekung atau tas tangan sehingga ke ruangan wuduk. tentu tidak.
letak lah sahaja di sejadah. boleh di tutupi beg dengan kain telekung atau tudung.
kemudian ambillah wuduk dengan tenang. tanpa rasa curiga.
berdoa agar Allah melindungi dan menjaga harta benda kita. kemudian, solatlah dengan khusyuk.
InsyaAllah, semuanya akan berada dalam lindunganNya..
*********************
Assalamualaikum dan jumpa lagi ^_^