Sunday, 15 September 2013

Kasih ayah

Ayah
curahan kasihmu tiada tandingan
dari kecil hingga mampu mencari rezeki
kau ada di sisi sentiasa

Ayah
tika diri ini membuat mu bangga
kau tersenyum tanda gembira
tika diri ini sedih kecewa
kau turut merasa sama.

# pagi tadi. kurenung mata ayah. aku tahu apa di hatinya. tapi mungkin aku tidak tahu apa sebenar perasaan dia.
Ayah. aku tahu kau sakit tatkala melihat kesakitanku. namun aku mengharap doa darimu. Doa agar perjalanan hidupku dipermudahkan , doa agar aku bertemu dengan bakal zauj ku yang akan meyakinkanmu bahawa dia akan menggalas tugasmu selepas itu dengan sebaiknya.
Usah kau sedih wahai ayah. anakmu perlukan kekuatan semangat darimu. kerana aku belum cukup tabah. tapi Allah itu ada. Dia telah mengatur semua. Yakinlah...

No comments:

Post a Comment