Tak ada niat untuk menangis lagi
tatkala kau melemparkan segala khilafku terdahulu
telah aku terima akibat
ini adalah perjalanan hidupku.
Mohon agar jangan kau kenangkan kembali
kerana aku masih berjuang dengan diri
perjuangan ini menuntut aku tabahkan jiwa raga
tekadkan semangat
Mohon dengan sepenuh hati agar urusanku dipermudahkan Allah.
# ayah. jangan marah dia. dia berkata mengikut nalurinya. sedih hati ini bukan apa apa. kerana terusik sedikit dengan kata kata. sabar duhai ayah. anakmu akan terus berjuang. mohon doanya.
No comments:
Post a Comment