Wahai bakal pendampingku di dunia dan akhirat.
tidak ku tahu kau siapa.
rahsia yang masih kekal rahsia.
pimpinlah daku untuk dekat denganMu.
Telah Engkau janjikan.
Setiap yang lahir sudah di tentukan rezeki jodoh dan ajalnya.
bukan kesempurnaan yang di cari.
kerana diri ini banyak kekurangannya.
bukan kemewahan yang dicari
kerana aku bukan siapa siapa.
cukuplah jika dia mengenal Mu Ya Allah.
cukuplah jika dia mahu membimbing ku untuk bersama sama menuju ke syurga FirdausiMu.
Aku tidak cukup sempurna.
Tapi aku mahu menjadi hambaMu yang solehah.
Yang mengerjakan suruhanMu dan meninggalkan larangan yang telah Engkau tetapkan.
Aku mahu menjadi anak yang taat pada kedua ibu bapa ku. Ingin menjadi aset bagi kedua orang tuaku ketika hayat mereka masih dikandung badan dan setelah mereka meniggalkan dunia ini.
Tinggi impianku.
Moga Engkau mempermudahkan urusanku, Ya Allah..
********************************
si pendamba kasihmu,
Nur Muhassanah Kasimin
No comments:
Post a Comment