Happy sayeedul ayyam..
syukur, syukur
syukur Ya Allah
syukur Alhamdulillah..
Perkongsian hari ini saya nak ceritakan mengenai kerja kerja kerja. ^_^
alam pekerjaan saya bermula selepas tamat pengajian. duduk rumah nak dekat 4 bulan. sampai satu hari ayah tegur "Along dah habis belajar tak nak cuba cari kerja ke?"
Episod mencari kerja , isi borang permohonan kerja di sebuah pasaraya. bahagian expecting salary saya tulis RM500. pegawai yang interview pun terkejut, kenapa minta sebanyak tu je. sebab pada saya (tika masa dan waktu itu) nilai RM500 dah sangat sangat sangat cukup.
Dan akhirnya saya diterima bekerja di salah satu cawangan pasaraya tersebut. Syukur, saya bukan bergelar penganggur lagi. bila gaji masuk , perkara pertama saya buat, beri sebahagian pada ibu dan ayah. benar, mereka bekerja dan punya pendapatan, tapi saya rasa lagi berkat hasil itu jika di salurkan pada perkara yang Allah suka.
selepas lebih kurang sebulan saya di store berkenaan, di pindahkan pula di store yang agak besar yang memerlukan pengawasan lebih terhadap semua perkara. di situ saya belajar banyak perkara antaranya, belajat berkomunikasi dengan customer. Jika ikut perancangan asal pihak pengurusan, sebenarnya lokasi saya mula bekerja adalah di cawangan yang saya dipindahkan kini, tetapi atas sebab tiada 'keperluannya' saya di situ maka tak lah saya di sana. Apa pun, di mana pun kita ditempatkan, buat sungguh sungguh, Lillahi Ta'ala. The best thing yang saya tak akan lupa ialah pesan dari Kak Nor, bos store kami. Beliau pesan, "Kerja tu kerja juga, yang wajib (solat) jangan tinggal". Terima kasih Kak Nor, moga beliau dan keluargan sentiasa dalam rahmat Allah Taala.
Nota: perlu saya ingatkan , ilmu saya memang tidak banyal, namun saya berharap dengan perkongsian pengalman ini akan membuat saya dan anda faham akan aturan Ilahi pada kita iaitu hambaNya.
Nota: perlu saya ingatkan , ilmu saya memang tidak banyal, namun saya berharap dengan perkongsian pengalman ini akan membuat saya dan anda faham akan aturan Ilahi pada kita iaitu hambaNya.
No comments:
Post a Comment