Bismillahirahmanirahim.
Takkan kasih ku damba,
Jika cinta tidak berbunga,
izinkan hamba bermadah sahaja,
Hidup matiku untuk Allah semata.
Cinta itu luas bukan?
namun pada siapa seharusnya dan selayaknya kita agungkan cinta itu. Tentu sahaja pada Allah. Kerana apa? Kerana dia tak pernah lukai hati kita, malah amat menyayangi, mengampuni.
Sukar untuk aku tidak mengakui bahawa kini media seperti FB,Twitt, Insta dan lain lain menjadi medium meluahkan rasa bahagia pada yang belum tentu halal. Dan kita pun LIKE!
Allahu rabbi..
Jika damba cinta dunia, dunia pergi meninggalkan kita
Jika dambanya cinta Allah SWT, cinta itu kelak membawa kita ke syurgaNya.
Ya Allah. Indah~ ^_^
Saat kita menadah tangan berdoa, saat telapak tangan kanan bertemu telapak tangan kiri tatkala menadah tangan, itu saat kita sedang berbicara dengan Allah. Mintalah dengan penuh tertib dan bersungguh-singguh. Tanda kita cinta juga. Allah itu maha Pemberi, maha Pemurah, bukan?
Jika kita perhatikan, saat kita menadah tangan itu, ianya berbentuk hati. Hati? yeeee sayang sekalian. Bentuk hati. Bentuk love. <3
haaa...~ boleh tangkap tak gambaran saya beri? Alhamdulillah.
Kita sedang memohon pada yang sepatutnya kita cinta.
Seterusnya, cintai baginda Rasulullah SAW. Bagaimana? Hayati sejarah hidup baginda, perjuangan baginda, pengorbanan baginda. Hidupkan amalan sunnah baginda antaranya solat tahajjud (dah beberapa hari tertinggal, Allahu akhbar), solat sunat dhuha, Puasa Isnin Khamis.
Ibu ayah ~
When we are asking about ibu ayah, totally akan mengalir air mata. Sungguh!
Ibu ayah, maafkan diri ini. Along sedang berusaha jadi anak yang solehah buat ibu ayah. Baiklah, ibu ayah adalah insan penting buat kita. Mereka sayanggg sangat pada kita. Ingat tak masa kita sakit dulu, masa kita kecil dulu, mereka yang jaga. Sampai dah besar panjang pun mereka masih sayang, prihatin, dan jaga kita sebaik mungkin.
Ya Allah, engau berkatilah amalan kedua ibu bapaku, permudahkan urusan mereka, berikan mereka kesihatan yang baik, umur yang panjang, pimpinlah mereka menuju jalan yang engakau redhai. Amin.
Kisah: Masa umur saya baru 2-3 tahun, kena demam panas, di tahan dalam wad. Ayah la yang jaga masa tu. Bila petang nyamuk dah start keluar, sampai ke malam ayah jaga, ayah tertidur sambil duduk. Selepas keluar dari hospital, ayah pula yang demam kuat. kesian ayah. Ibu tak dapat jaga, kerana masa tu angah bayi lagi.
Sayu hati ini~ :'(
Cinta pada sesama manusia.
Wahai bakal pemilik hatiku yang tidak ku tahu siapa dirimu. Ya Allah, temukan aku dengan cinta yang cinta itu akan membawaku bertemu cintaMu ~pause~
Friends! ya. cari lah kawan yang bawa kita dekat dengan Nya. Selective? Harus lahh cik bedah sekelian.
Namus perlu diingat, kita berkawan kerana Allah, berpisah juga kerana Allah. Ingat~
Cinta yang hakiki itu cinta pada Ilahi
Cinta yang bawa ke syurga Firdausi
Wallahualam
No comments:
Post a Comment