Sunday, 12 January 2014

Didik Diri, Didik Hati (1)

Bismillahirahmanirahim.

Ikhlas

" Aku ikhlas, tapi jauhhhhhhh "

Aikk? betul betul ikhlas ke tu kawan? 
hehe

Andai benar benar ikhlas, didik hati untuk redha.
Ikhlas kerana Allah. Lillahi Ta'ala :)

Allahu akhbar.

Saya pun baru nak belajar erti ikhlas yang benar benar ikhlas.
Saya tertarik untuk kongsikan sedikit mengenai Ahmad Ammar, ya, pemuda yang shahid tertangguh itu.
Saya asalnya terbaca mengenai Almarhum Ammar ini di FB. Ada rakan post.
Lalu saya tengok pula di YouTube. Sayu hati ini, masih muda namun tinggi nilai nilai perjuangan kepada Islam.
Beliau ikhlas membantu saudara saudara kita di negara yang mundur dan negara yang sedang mengalami peperangan, dan keikhlasan beliau itu begitu tulus, dan hanya Allah yang mampu dan Maha Mengetahui tahap keihlasan seseorang. Selepas kematiannya, beribu umat Islam yang mahu bangkit dan menjadi sepertinya, berbekalkan semangat dan kesungguhannya.

Ikhlas terhadap sesuatu tanpa mengharapkan apa apa. Namun, andai kata ikhlas tanpa harap apa apa, jangan pula buat kerja separuh jalan dan tak bersungguh sungguh. Kan kita nak dapat redha Allah, bukan redha manusia.

Yang best nya bila kita ikhlas terhadap sesuatu, kita tak berasa lelah, penat atau sebagainya. Contoh, rewang (gotong royong) semasa majlis kenduri di rumah jiran atau saudara mara, kita kena angkat pinggan mangkuk, kopek kulit bawang, siang lada, basuh pinggan, jangan pula mengeluh kawan. Asal nak mengeluh kata penatlah, ape lah, ingatkan pada diri "aku buat kerana Allah, tak apa kalau manusia tak pandang, ikhlas kan hati, Allah tahu, Allah tahu"

Tuhan walau taubat sering kumungkiri
Namun pengampunanMu tak pernah bertepi
Bila selangkah ku rapat padaMu
Seribu langkah Kau rapat padaku

The Zikr: Mengemis Kasih

Wallahualam~ ^_^

No comments:

Post a Comment