Bismillahhirahmanirahim.
Alhamdulillah.
Dah lama tak menulis. rindu. tapi kerap kali update status FB.
Allahu Akhbar.
Dah masuk tahun 2014. mudah mudahan apa yang dihajatkan, yang di rancang, mendapat redha Ilahi.
Semoga Allah mempermudahkan urusan kita.
Hijrah.
Bagai lagu "aku yang dulu bukanlah yang sekarang".
Sungguh begitu.
Cita cita: mahu menjadi hamba Allah yang sangat sangat mencintaiNya dan Rasulullah.
Aku bukan dilahirkan dalam keluarga ustaz ustazah.
Justeru, aku punya kehidupan yang biasa biasa dari segi pengetahuan agama.
Aku amat bersyukur, dengan nikmat yang Allah kurniakan.
Sedang aku leka dengan cinta duniawi, Allah tarik nikmat itu selamanya.
Allahu akhbar!
Lulut rasa longlai, jiwa rasa kosong, air mata menemani malam hariku.
Menangis dan menangis. Persoalan kenapa aku di duga begini begitu terus menerjah.
Allah itu Maha Penyayang, bukan?
Tika Dia menarik nikmat duniawi yang tidak mendatangkan sebarang manfaat,
Dia telah memberiku satu hadiah.
Ya, hadiah. Its a gift from Allah.
Aku lebih khuyuk mengenaliNya, aku lebih mendekatkan diri padaNya, dan aku mahu terus menggali ilmu untuk aku lebih mengenaliNya.
"La Tahza, rabbuna ma'ana = Jangan sedih, Allah bersama kita"
Pakaian muslimah?
Aku segan. Ya, sejujurnya aku segan untuk berubah, aku fikir apa kata kawan kawan, orang sekeliling.
pertama, aku mula dengan melabuhkan tudung bawal sehingga menutupi dada.
Kemudian, aku fikir, tudung dah ok, tapi pakai kasut nampak kaki. Aku beli stokin.
Seterusnya, pakai hand socks. mula mula pakai, aku segan. selalu cover hand socks dengan lengan baju kurung. lama lama dah biasa.
bila pakai tudung bawal, confirm jarang. memang material tudung bawal begitu. Dari pakai anak tudung biasa, aku pakai inner tudung ninja. hehe.
Kemudian, beli inner yang labuh, sampai boleh cover paras dada.
Alhamdulillah :)
Aku mahu mantapkan iman.
Aku mahu melakukan kebaikan dan mendapat redha Allah.
Aku mahu membaca Al Quran dengan tajwid yang betul dan tepat.
(cita cita nak belajar tarannum sekali, Insya Allah)
SuhbanaAllah
Alhamdulillah
Allahu Akhbar
Terima Kasih Allah. ^_^
No comments:
Post a Comment