Thursday, 24 October 2013
Hati: Berhati hatilah
Alhamdulillah!
Syukur Ya Allah.
Kau beri apa yang aku mahukan.
Ku pinta agar menjadi wanita penyejuk di mata, penawar di hati.
Ku pinta agar menjadi anak yang membahagiakan ibu bapaku.
Semalam, kulihat genangan air mata kesyukuran mereka.
dan...
Allahu akhbar!
"Sesungguhnya Engkau maha mengetahu apa yang aku tidak ketahui.."
Terima Kasih Allah. ^_^
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
Aku bermohon padaMu
agar Kau jagalah hati ini sebaiknya,
pimpinlah aku menuju ke syurga FirdausMu.
***************
Si pedamba kasihMu,
Nur Muhassanah Kasimin
Tuesday, 22 October 2013
selesa meluahkan
Bismillahirahmanirahim.
pagi yang indah.
Alhamdulillah. ^_^
semalam terima pesanan peribadi dari seorang teman lama.
atau bahasa orang putihnya "private message".
meluahkan kesulitan dan kerunsingan yang sedang beliau lalui.
lalu beliau menceritakannya kepada saya.
kata kata semangat di beri. saya juga sempat mencadangkan beberapa tips yang pernah saya baca dan juga dari pengamatan dan pengalaman sebelum ini.
mudah mudahan saya dapat membantunya walau dengan menjadi tempat meluahkan rasa.
Alhamdulillah , beliau rasa lebih baik.
beberapa minggu sebelum ini juga begitu. didatangi beberapa teman yang ingin meminta pendapat saya. pernah satu ketika ,saya perlu membantu mengenai hal hati dan perasaan walhal saya baru sahaja mengalami situasi yang serupa.
Allahuakhbar.
mohon agar kekuatan yang benar benar ampuh dariNya. kata kata semangat di beri pada teman. secara tidak langsung memberi semangat pada diri sendiri.
Subhanallah!
ibarat kita mengajar sesuatu pada orang lain, kita akan lebih memahami apa yang disampaikan. begitulah corak perjalanan saya yang Allah tentukan. Dia mahu saya tetap kuat dan kekal positif. makanya di datangkan teman teman tadi , lalu secara tidak langsung mengingatkan diri sendiri..
Wallahualam.
Si pedamba kasihMu,
Nur Muhassanah Kasimin.

Friday, 18 October 2013
Wednesday, 16 October 2013
Bicara Aidiladha
Bismillahirahmanirahim.
Assalamualaikum.
tidak terlambat rasanya untuk mengucapkan salam Aidiladha. tika umat Islam yang lain pergi menunaikan rukun islam yang ke 5 itu , aku hanya mampu menyimpan azam untuk menjejakkan kaki ke sana.
impian : nak bawa ayah dan ibu bersama. Allahuakhbar.
mudah mudahan diperkenankan Allah. ^_^
raya tahun ini disambut serba sederhana. masih ada ketupat. yang menariknya , ketupat 30 biji itu dari daun pokok kelapa depan rumah.
Subhanallah.
ayah tanam pokok tu ada kira kira 7 tahun lepas. sewaktu mula berpindah. dan kini , kami guna daunnya untuk buat ketupat.
syukur Alhamdulillah. :)
adinda kesayangan baru sahaja selesai majlis pertunangannya dua hari sebelum aidiladha.
ramai saudara mara yang hadir. maklum sajalah majlis pertama untuk keluarga kami. ayah dan ibu tak cukup tangan.
semoga ikatan yang terbina ini kekal menuju ke syurga FirdausNya.
jujurnya. aku tidak berkecil hati atau tersinggung. jodohku belum ketemu. dan aku masih memperbaiki diri meraih cinta dariNya. miga istiqamah dalam melaksanakan suruhannya dan sunnah sunnah yang di ajar Rasulullah. ^_^
# tercari cari di mana boleh join usrah di sekitar kawasan ku.
Tuesday, 1 October 2013
Menulis dan menulis
mata pena terhenti.
pandangan kosong.
sampai bila
Ya Allah.
damaikan jiwa ini
tenangkan hati ini
berikan aku ketabahan
untuk mengerti kasih dariMu.
gantikanlah kehilangan ini dengan sesuatu yang lebih baik. Yang Engkau redhai dan berkati.
Amin Ya Rabb.....

Monday, 30 September 2013
jaga jaga ada yang memerhati
suatu hari, usai menunaikan solat , dan bersiap untuk kembali ke pejabat.
Aku di datangi seorang jemaah yang mungkin juga salah seorang pekerja di bangunan yang sama.
Aku di datangi seorang jemaah yang mungkin juga salah seorang pekerja di bangunan yang sama.
"adik, selalu beg telekung tinggalkan kat sejadah macam tu je ke ?"
" ye kak, kenapa?" soalku.
"hari tu ada jemaah yang beg dia kena curi kat dalam surau ni, jadi adik hati hati ye. kadang kadang kita ingat dalam surau ni tempat yang selamat kan". pesan kakak tadi.
"terima kasih kak, sebab pesan kat saya" balasku.
benar.
ada yang mengambil kesempatan sungguh pun di rumah Allah.
aku terfikir. adakah perlu menjinjing beg telekung atau tas tangan sehingga ke ruangan wuduk. tentu tidak.
letak lah sahaja di sejadah. boleh di tutupi beg dengan kain telekung atau tudung.
kemudian ambillah wuduk dengan tenang. tanpa rasa curiga.
berdoa agar Allah melindungi dan menjaga harta benda kita. kemudian, solatlah dengan khusyuk.
InsyaAllah, semuanya akan berada dalam lindunganNya..
*********************
Assalamualaikum dan jumpa lagi ^_^
Sunday, 29 September 2013
persinggahan kehidupan
Bismillahirahmanirahim.
Assalamualaikum kanvas coretan hati
agak lama menyepi.
terlalu busy.
amboiii.. busy dengan kehidupan kini.
Alhamdulillah. perkembangan positif dilihat.
dari perspektif orang luar mungkin terlihat betapa tabah dan positifnya aku lalui semua.
Ya Rahman..
Tanpa kasihMu, takkan mampu aku secekal ini.
takkan mampu setabah ini.
pada mereka yang menghulurkan simpati pada diri ini, terima kasih di ucapkan.
Please du'a for me.
kekuatan itu lahir , dengan memperbanyakkan zikrullah... ikhlas kan hati.
sentiasa fikir bahawa mereka juga manusia yang berperasaan , fikir bahawa Allah sedang mempersiapkan seseorang buatku , percaya bahawa ini ujian buatku untuk menguji sejauh mana aku yakin akan qada' dan qadar yang Allah telah turunkan.
#akhir akhir ini selalu je risau tak pasal pasal mengenai perjalanan majlis adinda kesayangan itu.
Ya Allah, mudah mudahan semua dalam rehmat dan perlindungan dariMu.
yang mengharap belas kasihMu,
Nur Muhassanah Kasimin
Monday, 23 September 2013
galau pergilah menjauh!
jika ditakdirkan menemuiMu Ya Ilahi
Permudahkan urusanku
dalam keadaan Husnul Khatimah.
tidak menyusahkan sesiapa
dalam keadaan berjuang meraih cintaMu.
Terima kasih Ya Allah
Beriku rasa nikmat bahagia yang sebenar
keluarga dan sahabat terbaik
Pimpinlah aku menuju ke syurgaMu..
Tinggikan namaku di sisiMu
Amin Ya Rabb..
*****-*****
si pendamba kasihMu,
Nur Muhassanah Binti Kasimin
Permudahkan urusanku
dalam keadaan Husnul Khatimah.
tidak menyusahkan sesiapa
dalam keadaan berjuang meraih cintaMu.
Terima kasih Ya Allah
Beriku rasa nikmat bahagia yang sebenar
keluarga dan sahabat terbaik
Pimpinlah aku menuju ke syurgaMu..
Tinggikan namaku di sisiMu
Amin Ya Rabb..
*****-*****
si pendamba kasihMu,
Nur Muhassanah Binti Kasimin
harum tertusuk duri
jalan bahagia
ditaburi bunga bunga indah
itu khayalan.
dalam perjalanan
tertusuk duri
kadang kala terjatuh lalu menangis.
namun bangkitlah
melangkah terus kehadapan
kerana jalan bahagia itu tidak mudah
sabar
tabahlah
Allah mahu kau rasa bergantung padaNya
bahagia , Dia yang beri
Insya Allah. Akan jumpa apa yang dihajati.
^_^

Sunday, 22 September 2013
Allahu Rabbi
Bismillahirahmanirahim..
Ya Allah Ya tuhanku, serta malaikat yang menjagaku.
Kau sedarkan lah aku dari lena yang panjang
bangkitkan aku pada waktu terbaik untuk berdoa padaMu.
rasa gundah dan galau ini menuntut aku untuk bertahajjud memohon ketenangan jiwa dariNya..
malam melabuhkan tirai.
Assalamualaikum

Optimis untuk positif!
aku yang biasa biasa.
suka lagu celine dion
suka makan aiskrim luar lemon dalam vanilla
suka berkebun
suka aktiviti masuk hutan
suka tengok kereta harrier
suka cerita hindustan
suka buat kuih
suka pantai
aku yang sekarang
suka bersederhana
suka tudung labuh dari biasa biasa
suka melindungi kaki dari dilihat
suka dengan zikir dan selawat
Ya Allah ,
sucikanlah hati ini
damaikan jiwa ini
berilah aku petunjuk ke jalan yang Kau redhai
berikan keceriaan kegembiraan
dan kebahagian di dunia dan akhirat.
tinggikanlah namaku di sisiMu..
Jika titisan air mata ini membawa keluar seribu satu kekusutan di hati ini , Kau bawalah pergi.
Allahuakhbar...
Thursday, 19 September 2013
siapa
kau fikir kau siapa
mahu megah tidak bercara
mahu sempurna tidak mengena
mahu cantik tidak berpada
mahu mu apa.
who do you think you are.
sampai bila kau mahu mengejar dunia
tatkala usia berlalu tanpa kata
kau mahu ke syurga
adakah kau sudah bersedia?
mahu ke syurga itu tidak mudah
bergerak , beralih , berubah
kepada mahunya Allah.
************************
coretan peringatan untuk diri ini.
si pendamba kasihMu,
Nur Muhassanah Kasimin
mahu megah tidak bercara
mahu sempurna tidak mengena
mahu cantik tidak berpada
mahu mu apa.
who do you think you are.
sampai bila kau mahu mengejar dunia
tatkala usia berlalu tanpa kata
kau mahu ke syurga
adakah kau sudah bersedia?
mahu ke syurga itu tidak mudah
bergerak , beralih , berubah
kepada mahunya Allah.
************************
coretan peringatan untuk diri ini.
si pendamba kasihMu,
Nur Muhassanah Kasimin
Tuesday, 17 September 2013
Sate
Daging yang di perap bersama rempah.
dibakar di atas arang.
baunya, sungguh menyelerakan.
jarang-jarang makannya.
Kadangkala bila gaji baru dapat makan.
Bila tiba hari jadi,
dan kadang kadang masa tidak sihat.
hmm?
Bila demam, lepas balik dari klinik, selalunya ayah akan tanya. "ada nak makan apa-apa?"
Seronokkan bila ditanya macam tu. hehe. "Nak makan sate.."
Pada aku, sate tu ada nilai istimewanya.
Mengerat silaturrahim. Berkumpul bersama keluarga.
Ya Allah, aku mohon padaMU, satukan hati kami, pandulah kami ke jalan yang Kau redhai..
*********
Si pendamba kasihmu,
Nur Muhassanah Kasimin
Maafkan aku
Tak ada niat untuk menangis lagi
tatkala kau melemparkan segala khilafku terdahulu
telah aku terima akibat
ini adalah perjalanan hidupku.
Mohon agar jangan kau kenangkan kembali
kerana aku masih berjuang dengan diri
perjuangan ini menuntut aku tabahkan jiwa raga
tekadkan semangat
Mohon dengan sepenuh hati agar urusanku dipermudahkan Allah.
# ayah. jangan marah dia. dia berkata mengikut nalurinya. sedih hati ini bukan apa apa. kerana terusik sedikit dengan kata kata. sabar duhai ayah. anakmu akan terus berjuang. mohon doanya.

Monday, 16 September 2013
belajarlah menerima
"Ya Allah , jika dia bukan yang terbaik, hapuskanlah namanya dari fikiranku , dan andai dia terus hilang, biarkan dia hilang tanpa kenangan..."
Allah itu Maha Mengetahui , sabar ye sayang =')
Allah itu Maha Mengetahui , sabar ye sayang =')
Manis manis belaka
"kita akan cuba untuk melupakan bila kita tahu perkara penting untuk diingati "
renung lama lama
fikir dalam dalam
apa perkara penting untuk diingati ?
Banyak.
Antaranya , fikirkan betapa banyak nikmat yang Allah beri.
Ayat klise , perpisahan itu pahit tapi manis akhirnya.
Manis yang macam mana?
ragu ragu kah dengan janji Allah.
Lihat lah wahai diri.
Allah itu amat sayang padamu.
dengan ujian yang kau rasa hebat ini
kau lebih dekat dengan Allah.
kau berubah kepada yang lebih baik.
Bukankah itu tanda yang baik , yang positif ?
percayalah. ia amat manisss..
Allah tahu apa yang terbaik buatmu.
Dia beri apa yang kau perlu. bukan apa yang kau mahu.
#thank you so much admin. its simple quote , deep meaning.

Sunday, 15 September 2013
Kasih ayah
Ayah
curahan kasihmu tiada tandingan
dari kecil hingga mampu mencari rezeki
kau ada di sisi sentiasa
Ayah
tika diri ini membuat mu bangga
kau tersenyum tanda gembira
tika diri ini sedih kecewa
kau turut merasa sama.
# pagi tadi. kurenung mata ayah. aku tahu apa di hatinya. tapi mungkin aku tidak tahu apa sebenar perasaan dia.
Ayah. aku tahu kau sakit tatkala melihat kesakitanku. namun aku mengharap doa darimu. Doa agar perjalanan hidupku dipermudahkan , doa agar aku bertemu dengan bakal zauj ku yang akan meyakinkanmu bahawa dia akan menggalas tugasmu selepas itu dengan sebaiknya.
Usah kau sedih wahai ayah. anakmu perlukan kekuatan semangat darimu. kerana aku belum cukup tabah. tapi Allah itu ada. Dia telah mengatur semua. Yakinlah...

Thursday, 12 September 2013
sepasang sarung kaki
"cantik anak ibu , macam nak naik haji dah.."
senyum sendiri.
tatkala ku minta pandangan ibu.
sepasang sarung kaki bewarna hitam membaluti kakiku.
ibu , mohon doakan yang baik baik untuk anakmu ini ye.
kerana doamu tiada hijab.
senyum sendiri.
tatkala ku minta pandangan ibu.
sepasang sarung kaki bewarna hitam membaluti kakiku.
ibu , mohon doakan yang baik baik untuk anakmu ini ye.
kerana doamu tiada hijab.
cita - cita
Wahai bakal pendampingku di dunia dan akhirat.
tidak ku tahu kau siapa.
rahsia yang masih kekal rahsia.
pimpinlah daku untuk dekat denganMu.
Telah Engkau janjikan.
Setiap yang lahir sudah di tentukan rezeki jodoh dan ajalnya.
bukan kesempurnaan yang di cari.
kerana diri ini banyak kekurangannya.
bukan kemewahan yang dicari
kerana aku bukan siapa siapa.
cukuplah jika dia mengenal Mu Ya Allah.
cukuplah jika dia mahu membimbing ku untuk bersama sama menuju ke syurga FirdausiMu.
Aku tidak cukup sempurna.
Tapi aku mahu menjadi hambaMu yang solehah.
Yang mengerjakan suruhanMu dan meninggalkan larangan yang telah Engkau tetapkan.
Aku mahu menjadi anak yang taat pada kedua ibu bapa ku. Ingin menjadi aset bagi kedua orang tuaku ketika hayat mereka masih dikandung badan dan setelah mereka meniggalkan dunia ini.
Tinggi impianku.
Moga Engkau mempermudahkan urusanku, Ya Allah..
********************************
si pendamba kasihmu,

Hasrat hati
Alhamdulillah..
Bisikan hati kecil ini Engkau makbulkan Ya Allah.
tidak pernah ku sangka secepat ini.
semua yang berlaku adalah atas kehendakMu.
Nikmat apa lagi yang hendak di dustakan.
maka, jagalah hati. pohonlah kerana ingin mendapat redha dari Allah. Insya Allah , jika permintaan itu tidak bercanggah dengan apa yang telah di suratkan , dengan izinNya akan ditunaikan.
#ustazah norliza , Insya Allah saya akan menjemput ustazah sekeluarga ke majlis walimah saya, bila telah tiba waktunya nanti. Mohon ustazah doakan yang baik baik untuk diri ini. lapang dada. Alhamdulillah ^_^

Tuesday, 10 September 2013
r . a . h . s . i . a
tersembunyi.
tidak akan pernah tahu.
bila tiba waktunya.
terjawab semua.
sedar atau tidak.
itu sebenarnya rahsia.
kisah hidup yang telah direncana.
maka terimalah dengan lapang dada.
Allah itu amat mengetahui
Apa yang di langit dan di bumi
*****************************************
si pendamba kasihMu,
Nur Muhassanah Kasimin
tidak akan pernah tahu.
bila tiba waktunya.
terjawab semua.
sedar atau tidak.
itu sebenarnya rahsia.
kisah hidup yang telah direncana.
maka terimalah dengan lapang dada.
Allah itu amat mengetahui
Apa yang di langit dan di bumi
*****************************************
si pendamba kasihMu,
Nur Muhassanah Kasimin
Saturday, 7 September 2013
Mentari esok
syukur Alhamdulillah.
terlalu banyak nikmat yang Allah beri tapi tidak kita syukuri.
tatkala seharian memandang luasnya ciptaan Yang Maha Agung ini membuatkan aku ligat berfikir.
Atas apa jua ujian yang menimpa , terlalu banyak nikmat yang perlu aku syukuri.
Rasa bahangnya mentari.
Melihat keindahan alam.
berjalan di bumi milikMu, Ya Rabb..
Terima kasih Ya Allah atas sapaan ujian ini. Kau amat kasih padaku.
Terlalu banyak khilafku.
Sesungguhnya hanya dengan mengingatiMu hati akan menjadi tenang.
Jangan pernah Engkau lepaskan genggaman tangan ini.
Aku mohon padaMu Ya Allah, agar Engkau tinggikanlah namaku di sisiMu.
Limpahkanlah kepadaku segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba hambaMu yang soleh.
Mohon juga untuk hati ini terus ikhlas tabah sabar dan redha dengan segala yang telah Engau takdirkan.
Gantikanlah kehilangan ini dengan sesuatu yang lebih baik , yang Engkau redhai dan berkati.
Ku pinta agar Kau lindungilah aku dari sifat terkutuk. Moga sahaja satu hari nanti aku mampu mengecap bahagia dengan izin dariMu tanpa melukakan dan mengecewakan kebahagian insan lain.
Peringatan untuk diri ini.
# jika kebahagiaan yang sedang dibina di renggut secara tiba tiba , apa yang akan di rasai ? jawablah sejujurnya wahai hati yang terdalam...
Allahuakhbar....
Si penuntut semangat juang,

Tuesday, 3 September 2013
ro.ya.nun.dal.wau
aku rindu pada sang mentari pagi
tatkala terbitnya ia ,
keluarlah insan mencari rezeki.
aku rindu pada bahangnya terik mentari
bikin keringat mencurah laju
mengingatkan ku
sudah lama tidak menjenguk pohon di laman
apa khabarkah mereka ?
aku terlalu rindu dengan mentari dinihari
yang menyambut kepulangan pulang
sinarnya membangkit semangat
untuk terus berjuang menuntut
pengharapan dariMu pada esok hari
Allahuakhbar!
aku terlalu rindu akan semua.

Saturday, 31 August 2013
Pejuang yang Berjuang
cuba dan terus mencuba untuk melupakan bayangan yang pernah bertakhta di hati ini.
tatkala dia pergi meninggalkan diri ini dalam aku masih terpana dan terkapai kapai mencari arah di mana yang harus dituju. terasa seperti kehilangan punca arah.
Allahuakhbar. Allahuakhbar. Allahuakhbar.
Dia pergi untuk mendapatkan yang terbaik untuk dirinya.
aku gembira melihat kebahagiaan yang sedang mereka jalani. walau hati dipalit emosi yang terlalu sulit untuk diungkap.
Andai saja diri ini banyak khilaf di mataMu, Ya Allah. Aku mohon padaMu untuk Kau jadikanlah aku hambaMu yang solehah , yang menurut akan perintahMu dan meninggalkan segala larangan yang telah Engkau tetapkan.
#Bayangnya menerjah ruangan mimpiku, membuatkanku terjaga dari lena. Kuatkanlah semangatku Ya Allah. Aku amat meraih rindu dariMu daripada rindunya manusia. kerana cinta manusia akan pergi. cintaMu adalah cinta Agung yang sejati!
Pejuang hati yang menuntut redhaMu,
Nur Muhassanah Kasimin
Friday, 30 August 2013
berusaha sedaya mungkin!
tiada yang aku terlalu inginkan pada hari hari mendatang.
melainkan sabar , ikhlas dan redha di atas setiap qada' dan qadar yang bakal Allah beri padaku.
Aku percaya akan terjawab segala hikmah di atas ujian ini...
soal jodoh. aku bercita cita untuk di taarufkan dengan seseorang. manisnya bercinta selepas nikah , dan moga mendapat berkat dari Ilahi.
Sesungguhnya aku sedang membina kekuatan , dengan IzinNya untuk yakin bahawa jodoh ku itu sudah ada.
Cuma mungkin belum tiba masa yang sesuai aku dipertemukan dengannya.
dan bagaimanan jalan cerita mengenaiku ini , akan terjawab kelak. mudah mudahan saja bakal zauj ku itu dapat menerima segala kekurangan diri ini , begitu juga aku. dan agar kami mendapat berkat dari Allah..
Amin Ya Rabb...

Thursday, 29 August 2013
terungkai sebuah persoalan
Allahuakhbar.
moga saja hati ini terus berjuang meraih kasih sayang dariMu.
terbukti sudah bahawa dia bukan di lahirkan untukku.
tenangkan lah hati ini.
moga saja hati ini terus berjuang meraih kasih sayang dariMu.
terbukti sudah bahawa dia bukan di lahirkan untukku.
tenangkan lah hati ini.
Wednesday, 28 August 2013
ikhlaskan hati
semalam.
di sapa sayu. sedih. pilu
membuatkan butiran jernih ini kembali memenuhi ruangan mata. berkaca.
tatkala sedang ku rawat hati ini. usah robek lagi.
mengapa perlu di ingat kisah lalu.
sukarnya menempuhi hanya Allah yang tahu.
jodoh itu sudah ada. malah sudah di tetapkan Allah sejak di alam roh lagi. siapp? Allah akan perkenalkan nanti pada waktu tetbaik, dengan izinNya...
Sabarlah duhai Nur Muhassanah, Allah sudah ada calon untuk mu...
Yakin lah dengan janjinya..

Monday, 26 August 2013
doa buat kekasih
Alhamdulillah.... syukur hari ini telah berakhir dengan amat baik. cuma ada satu yang buat hati ini terkilan sangat sangat. hmm. moga masih ada ruang untuk memperbaiki kesilapan.
hati ini sayu melihatkan kesedihan yang di alami oleh orang lain. sesungguhnya besar ujian buat mereka. Allah itu Maha Mengetahui.. DIA beri ujian sesuai dengan kekuatan hamba hambanya. benarlah kata orang , jika dilihat kedalam mata setiap orang yang kita jumpa , ada sahaja ujian yang sedang mereka lalui. cuma kita sahaja yang tidak mengetahuinya. moga mereka tabah dan sabar menghadapi apa jua bentuk ujian yang diterima. bukankah ujian yang didatangkan itu menunjukkan betapa kasihnya Allah pada kita ? Allah mahu kita bergantung harap padaNYA. bukan pada makhluk yang lain. bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora..
yang dulu usah dirindu
hilangkanlah dari hati mu
doaku buatMU kekasih..

Sunday, 25 August 2013
11:11pm
teringat ingat.
bikin hati pilu.
resah tanpa punca.
mengapa di usik lembutnya emosi?
ingatan pada diri ini.
perlu ku simpan segala kenangan dan bayangan beliau di dalam kotak yang kedap udara , yang tidak ditembus cahaya , diikat ketat ketat.
kerana pabila menjengah ingin mencaru punca dan sebagainya , kita takkan mampu untuk terus melupakannya.
usah dirobek kembali hati yang sedang dirawat. usah terlalu di usik emosi.
"Ya Allah , aku mohon padaMU agar KAU gantikanlah rasa kebergantungan pada sesama manusia kepada rasa kebergantungan kepadaMU. KAU renjiskanlah air keimanan kepada ku agar aku sentiasa berjalan di landasan yang KAU redhai dan yang KAU berkati..Aminn "
syaitan sengaja mengusik kita. membuatkan kita sedih. membuatkan kita sentiasa bergantung harap pada cinta manusia.
oleh itu , gantunglah keazaman bahawa setiap yang terjadi ini bukan satu kebetulan. ia telah direncanakan sewaktu kita di alam roh lagi..
kenangan lama dibuang jauh. tidak cerdik orang itu jika terus mengenang kisah lampau apatah lagi ia amat menyedihkan untuk di ungkit kembali.
# 11:11pm. terpandang jam. mitos tetiba menerjah minda. siapa la yang rindu kat aku ni..
si pendamba kasihMU ,
Nur Muhassanah Kasimin
Pamer ketabahan disebalik kesedihan
pura pura kuat
pura pura tabah
pura pura gembira
menangisnya hati ini , Allah sahaja yang tahu.
Ya Allah...
izinkan aku terus bernafas di bumiMU ini agar dapat menyebarkan kebaikan kepada orang lain.
mohon agar aku terus tabah dan ikhlas dengan ujian ini.
Andai diri ini belum layak di dampingi dan mendampingi bakal zauj ku , mohon KAU pelihara dan lindungiku , Ya Allah.
Aku mohon dengan hati yang yakin akan janjiMU bahawa, setiap anak Adam yang lahir ke dunia sudah ditentukan jodoh , rezeki dan ajalnya..
si pendamba kasihMU ,
Nur Muhassanah Kasimin
Sudah sampai jodohnya: ida.
ku panjatkan syukur.
Alhamdulillah.
kawan baik telah selamat di ijab kabulkan.
gembira.
perjalanan ke Segamat dengan ibu , ayah ,angah , dan paling best ada embah sekali.
jumpa kawan kawan lama masa.belajar dulu.
seronok. Alhamdulillah. masing masing ada yang meneruskan pelajaran dan ada juga yang terus bekerja. macam aku.
di mana pun rakan rakan ku berada , semoga kalian sentiasa dalam rahmat Ilahi. Insya Allah ^^,
Thursday, 22 August 2013
Berpaut pada yang takkan pernah melepaskan
tatkala sunyi rasa hati
tatkala terkenang masa dahulu
tatkala butiran jernih memenuhi kelopak mata
istighfar banyak banyak
astaghfirullah hal'azim..
mohon segala kesedihan dan kekecewaan ini di gantikan dengan keceriaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat.
mohon segala rasa kebergantungan kepada dia kepada rasa kebergantungan padaMU Ya Allah..
si pendamba kasihMU ,
nur muhassanah kasimin

Wednesday, 21 August 2013
Kejutan yang disyukuri nikmatnya
menghembus lelah setelah penat mencari rezeki untuk sesuap nasi. mudah mudahan pekerjaanku pada hari ini mendapat berkat dariNYA..
hari ini ada sesuatu yang menarik untuk di ceritakan. walaupun kesibukan dengan lambakan kertas kerja yang tak pernah berpenghujung...
hari ini aku di beri peluang dan kepercayaan memandu kenderaan syarikat untuk ke pusat servis. aku memandu di tengah kotaraya?? sememangnya aku lebih banyak takut dari berani. memomokkan diri sendiri dengan takut banyaknya kenderaan di jalan raya.
ini pengalaman pertamaku memandu di tengah kota. kata orang, kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. kalau tidak dimulai dengan langkah pertama , masakan ada langkah kedua dan seterusnya.
Alhamdulillah. ku panjatkan syukur padamu Ya Allah..
Esok masih di alam ghaib. tidak tahu masih bernafas di bumi yang fana ini atau pun masihkah berpeluang menatap wajah ayah dan ibu , masihkah dapat berbakti pada mereka.
harapanku,
apa jua perkara yang mendatang esok hari,
moga hati dan jiwa ini tabah dan ikhlas menerimanya..
moga segala usaha dan doa di terimaNYA.
Amin Ya Rabb....
Tuesday, 20 August 2013
Indah itu perlu dicari
Jika dunia aku yang punya, akan ku hiaskan. sepasang sayap, putih nan berseri untuk ku bermimpi sepanjang masa tanpa kecewa , bertemankan bintang yang setia...
bait bait lagu.
manusia. sudah fitrah. inginkan sesuatu yang berkesudahan dengan baik dan yang indah indah belaka.
dan bagaimana pula penerimaan kita tethadap sesuatu yang kita tak pernah jangka. atau lebih mudah , bagaimana kita menerima suatu keadaan di mana kita sendiri kalau boleh tak mahu ia terjadi.
bertanya pada diri , sudah cukupkah aku bersedia seikhlas mungkin menerima qada' dari Ilahi. sudah cukup ikhlaskah aku ? sudah cukup kah aku mencintaiNYA lebih dari yang lain ?
Ya Allah.
Ku panjatkan doa.
Agar hati ini redha menerima segala.
Aku yakin akan terjawab segala hikmah
Mohon bimbinganMU ke jalan yang KAU redhai.
si pendamba kasihMU,

Travelog pembuka dan isi hati
Assalamualaikum..
salam selaut kasih buat semua. kehadiran blog ini adalah sebagai travelog kehidupan untuk diri ini. kerana sesungguhnya apa yang kita lalui itu adalah atas susunan petaNya.
bak kata orang „ yang pahit jangan cepat di buang. yang manis jangan cepat di telan.. setiap inci ujian yang diturunkan kepada kita adalah kerana Allah tahu kekuatan hamba - hambanya dalam mengadapi situasi tersebut. kerana Allah itu yang maha mengetahui. sedangkan DIA tahu setiap helai daun yang gugur ke bumi. apatah lagi bisikan yang menerjah hati kita.
padaku ujian kali ini amat menguji kasih sayangku kepadaNYA. sejauh mana aku mencintaiNYA lebih dari cinta manusia. pernah ku kejar cinta manusia. tapi aku juga yang menangis kecewa akhirnya. namun Allah tak pernah pergi meninggalkanku.
Hati ini luka
Hati ini sedih
Hati ini kecewa.
ingatkan dalam diri bahawa, jika Allah ambil dia dari hidupku bermakna dia bukan di lahirkan untukku... sebagai manusia yang kerdil dan banyk khilafnya, kita takkan mampu melawan fitrah setiap kejadian. apa yng berlaku itu bukan satu kebetulan. kita juga tak mampu untuk menahan siang dari datangnya malam , tak mampu menaikkan kembali air hujan yang turun ke bumi , juga tidak mampu membawa haluan air sungai kembali ke hulu.... oleh yang demikian , mengapa perlu mengenang kembali insan yang menolak kehadiran diri ini. sungguhpun hati dirobek kesedihan , tidur bertemankan duka , aku petlu ikhlas menerima segala. kerana janji Allah , setiap yang lahir ke dunia sudah ditentukan jodoh , rezeki dan ajalnya...
Telah ku sampaikan hasrat hati kepada ibu tercinta , aku tidak menolak andai di jodohkan dengan pilihannya. kerana aku yakin , pilihan kedua ibu bapa adalah yang terbaik. Mohon doa semua agar bakal zauj ku itu dapat membimbingku menuju ke syurga firdausi , dapat memberikan kebaikan kepadaku , agamaku , dan kehidupanku selepas ini. dan mudah mudahan Allah memberkati ku..

Subscribe to:
Posts (Atom)